Thursday, February 14, 2013

44 Hari

Almost. 2 days more :D tapi habis pantang bukan bermakna merdeka. Saya pun kurang pasti apa istilah habis pantang ni. Bezanya cuma masa berpantang tu bertungku kot. Yang lain lain, macam pantang makan semua tu masih on.

Sebenarnya saya dah di rumah sendiri ni. Baru sampai Shah Alam semalam. Cuti masih berbaki lebih kurang lagi 2 minggu. So, sempena habis pantang ni emak ayah saya buat sikit majlis kesyukuran. Buat majlis simple aje, ajak saudara mara dan kawan kawan terdekat aje.


Kasih pakai dress Auntie N bagi. Ingatkan masih longgar sekali cantik aje Kasih pakai, hihi sukanya. Thank you Auntie !


New mommy. Takdan nak make up lelebih pun :p

Majlis berjalan lancar, menu hari tu mi kari, bihun goreng, pulut kuning, rendang ayam, karipap, teh susu dan kopi o. Apa yang saya boleh makan cumalah kopi O dan juga karipap. Syukurlah ada juga benda boleh makan T___T saya masih pantang makan ayam ni sebab emak kata Kasih tak tahan masa saya try makan ayam hari tu. 

Dan hampir 44 hari berlalu, saya masih belum dapat berat sebelum pregnant. Aiyoma, why so hard t__t tapi takpe, saya tak putus asa.. Banyak masa lagi ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...