Wednesday, January 30, 2013

Cabaran #1 : Mandikan Kasih

Minggu ni bermulalah minggu yang agak mencabar untuk saya. Berpantang tanpa pemantauan orang tua. Yelah, emak saya kan kerja. Cuma dapat tengokkan saya di waktu malam je lah. Sebelum ni opah yang jaga saya, mandikan Kasih, bakarkan tungku semua. Jadi, semalam bermulalah cabaran pertama untuk saya ; mandikan Kasih.

Sumpah nervous uols.

Hish, takut sangat rasanya nak carry dia bawa ke bilik air lepas tu nak pegang pun tak berapa reti. Takut tergelincir terlepas anak ke apa nauzubillah. Apapun, nasib baik adik adik saya ada kat rumah. Memang diorang lah tolong saya. Nak mandikan sorang sorang, memang tak boleh agaknya. Masih kekok dan tak reti. Itupun kesian Kasih, sebab mamanya takut.. mandi main curah curah air gitu je hahah. Mandi koboi anak saya ni, shiannn dia. Tunggu Tok Mak balik dari office nanti baru mandi main sabun ye sayang :p


Budak suka mandi. Kakinya dah kuat melonjak, tu yang saya seriau sikit nak pegang bagi mandi tu. Memang kena pegang kuat.


Dah siap mandi :) tapi Kasih ni sabar je lah tebiat yang satu ni, masa mandikan saya dah suruh pee pee, tak mau dia. Elok naik, letak atas changing mat.. Tengok tengok towel dah basah. Ayoyoyooo tiap kali mandi, tiap kali nak bertukar towel ye sayang..


Sapu minyak, lotion semua. Pakai barut. Barut ni kalau nak tahu, warisan dari kitorang adik beradik dulu tau. Hehe. Emak masih simpan lagi.. Barut ni pulak ayah saya yang jahitkan. Zaman dulu semua nak berjimat kan, elok pulak ayah saya ni tangan memang pakar DIY. Reti aje ayah ni. Emak cerita kitorang zaman dulu pun pakai napkin, tak pakai pampers ni semua. Tapi saya tak dayalah nak pakaikan Kasih ni napkin / cloth diaper. Sebelum deliver hari tu ada lah jugak tanam niat nak pakaikan CD kat anak. Tapi bila Kasih dah keluar ni, rasanya tak termampu kot saya :p salutelah mommy mommy yang cekal pakaikan CD untuk anak tu.


Okay, dah siap cantik cantik. Ready nak menyusu, lepas tu tidur time :)


8 comments:

Hana Soffelia said...

Naurah dah 5 bulan baru hana mandikan sendiri. kihkih selama ni tok ma dia mandikan. kejam x? sekarang dh kena mandikan sendiri lg mencabar. menggeletis dia duk dlm bathtub. hehe

kasih punya peel sama mcm naurah. suka wee wee after mandi. elok letak atas tilam, mulalah wee wee. kalau dlm blik jenuh buat bunyi suruh wee wee tp xnknya dia.

dhiera said...

macam2 la kerenah kasih ni. biar lah kan nak tukar towel setiap kali mandi. hehehe

antalya said...

sbijik perangai kakak mya masa dia baby dulu. kenc. lepas mandi.adeihh.
btw, maybe boleh beli pelantar mandi baby letak dlm bathtub tu.akak pakai jenis kain lekat ketap kt 3penjuru bathtub baby.mmg senang nk mandikan bdk

nanonano said...

hehe baru2 mmg neves la kan
mende dh la kecik, seram smacam
hehe.. sokay smggu dua lg xpert ah tu, pegang sbelah tgn je dah kasih lps ni, haha anak pempuan ok lg weh shi shi diam2 je, tahu2 dh basah towel
klu anak laki, time nk pkai pempes tu la memamcut smpai ke muke mok dia, warrrgghhhh...

Zumie said...

comelnya...muah kat kasih

bigsmilezone.blogspot.com said...

ala comelnya.. suka sangat bau baby masam2 sebelum mandi.. kan..kan..kan.. heheheh

tak sabar nak baby lagi!

Ietams said...

takpe za..mandi koboi pun.
baby baru-baru ni tak elok di air kan sangat.
kan sejuk pulak.
bile sejuk kang macam-macam pulak.

mamawana said...

assalamualaikum

Singgah pagi Jumaat.. Nice .. comel comel comel sikenit tuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...