Friday, December 21, 2012

Parkson Warehouse Sale :D

Pejam celik pejam celik sekejap je dah nak berakhir tahun ni. Wishlist dah habis terlaksana ke ? Hmm, saya takde wishlist pun heheh. Dan saya pun masih tertanya tanya, baby ni nak keluar bila ? Hehe tahun ni ke tahun depan, sayang ? Mommy tak kisah pun bila bila asalkan sihat sempurna cukuplah :)

Oh, berkenaan dilema hospital saya tu.. Rasanya dah tahu dah nak ke mana, saya nak pergi ke Hospital Selayang. OK, muktamad ! Dan semalam saya dan suami pun nak lah survey jalan ke Hosp Selayang tu, kitorang ni tak pernah ke area sana. Apa apa pun jomlah kita check jalan dulu kan. Agak jauh lah kalau compare dengan Subang Bestari ke Hospital Sungai Buloh. Tapi takpe, insya Allah boleh. Kalau ke HSB tu dalam 20 minit, tak jammed. Kalau ke HS ni dalam 30 minit, tak campur jammed. Haha mohon jangan sakit bersalin ketika peak hour ye baby, beri kerjasama dengan mommy ye. Hahaha.

Lepas tu malam semalam suami isteri ni pun teruslah ke Selayang, nak check jalan ke hospital katanya. Lepas tu on the way nampak banyak banner ada Parkson Warehouse Sale dekat Selayang Mall la yuhols. Lets singgah ! Saya memang ada barang nak beli untuk diri sendiri pun, jadi memang kukuh sungguh alasan ajak suami singgah Selayang Mall ni hihi. Warehouse sales tu kat tingkat 2 sebelah foodcourt. Memang murah murah compared dengan yang jual dalam Parkson. Tapi banyak barang baby dan kanak kanak je. Kasut adalah sikit, lepas tu ada juga bedding set semua tu. Itu lepas gaji karang nak pergi balik beli selai dua bedding hihi. Salesnya sampai 1 Jan nanti, ada masa lagi kennn :D

Dan telah melanggar janji pada diri sendiri,


TERRRRRRRRRRR beli baju si budak kecik ni lagi. Adoi, saya ingatkan dah habis dah kerja mendobi baju budak ni, sekali ada tambah lagi dua helai. Takpelah, kita buat third round mendobi pulak ye. Lagipun bedding dengan barut baby belum habis cuci lagi. Ada lagi yang nak kena cuci. Dua helai je pun suami saya bagi permission nak beli, hahah. Itupun dah kena jeling jeling dah dan ku faham makna di sebalik jelingan tu, "Hari tu sayang kata dah takde nafsu nak beli baju baby ? Kata nak tunggu dia dah tak boleh pakai baru nak beli lagi ?" Yelah, memang dah berjanji dengan diri sendiri pun taknak beli baju baby dah. Tunggu dia dah besar sikit, dah tak muat baju baju yang ada ni baru nak beli baru. Hish, TERR juga saya ni kan. Habis tu, siapa suruh jual murah sangat, satu suit seluar baju yang comel comel brand Anakku ni baru RM 10 !! Hihi, kemain panjang explanation kan, dah nak beli tu beli aje lah kan :p

Nak kurangkan sikit rasa bersalah sebab shopping lagi, saya pun cakaplah dengan suami..

Baby mesti suka kan mama dia belikan baju baru yang comel untuk dia !

Elehhhh, baby mesti lagi suka sebab hari tu papa belikan lagi banyak baju dia kat Pureen Sale tau !

Eh, kira macam tu pulak sayang ni. Tak aci betul -______-"

Pastu kannn, dah habis shopping baru teringat ek ehhh saya ada RM 50 baucer Parkson lah. Tapi takpelah, kan nak pergi lagi lepas gaji nanti ! Hihi.

Lepas dah habis shopping, jam pun dah dekat pukul 10. Perut dah lapar, jadinya makan dulu dekat Chop N Steak betul betul depan Selayang Mall tu. Dannnnn kesudahannya, tak pergi Hospital Selayang pun huahuaaa tapi takpelah, dah tau direction tu ken. Ada je alasan dia tu kannnn.



2 comments:

nanonano said...

aku dh trjangkit angau mu dah skrg
hr2 nmpk je duk belek2 gaun baby tu ngn headband nye, eeeee rase nk sarungkan je,tp xde babynye :(

dhiera said...

kenapa izza xnak deliver dkt sg buloh? errrkkk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...