Tuesday, December 11, 2012

Dilema Dalam Memilih Hospital

Phew, saya rasa ticker ni menipu ke apa. 27 hari lagi. Biar betul, jangan main main.. Ini perkara serius wuwuwuwuwww (takut sebenarnya)


Krik krik.. Berdebar jangan cakaplah. Hari hari saya rasa risau terlampau sampai rasa stress benda benda yang tak perlu. Padahal rileks lah kan, baru 36 minggu. 27 hari tu pun lambat lagi aih, ada lagi 3 minggu lebih. Buang masa je risau awal awal ni, masuk labour room karang barulah risau ek :p

Dahlah saya belum decide lagi hospital mana nak pergi ni. Sebenarnya dah firm nak pergi Hosp Sg Buloh, lepas tu gatal tangan google sana sini, banyaknya review yang tak best ! Mostly sebab crowded, masa menunggu yang terlampau lama, pergi malam ni esok petang pun belum tentu masuk wad lagi. Hmm, biasalah. Ni lah dia benda yang terpaksa dihadapi bila kita pergi ke hospital kerajaan kan, nak taknak kena terimalah. Bayarannya pun murah. Untuk orang yang mampu, yang berduit mesti mencebik je bila baca keluhan keluhan yang macam ni. Lepas tu akan keluarlah suara suara sumbang yang akan cakap,

"Benda free, biasalah.."

"Nak layanan best, bayarlah.. Pergi hospital swasta je"

"Pergi hospital kerajaan ni tak boleh complaint lebih lebih, bukannya bayar pun"

"Kalau taknak menunggu, pergi je hospital swasta"

Eh, dan macam macam lagilah. Biasa jumpa dah orang yang macam ni, baca pengalaman pengalaman orang yang tak best tu, mesti ada je golongan macam ni yang tumpang mengomen. Berlagaknya alahai. Saya rasa orang yang merungut cerita pengalaman tak best tu bukan apa, dia cerita dari sudut pandangan dia. Mungkin nasib dia tak begitu baik, terkena dengan doktor yang tak best ke, terkena dengan hospital yang crowded ke. Tapi saya percaya sekarang pun hospital kerajaan dah improved banyak :) tapi at the end dia, memang bergantung kepada nasib ajelah. Belum tentu nasib orang lain yang bersalin kat situ semuanya baik, bila tiba time kita dapat baik jugak kan. Mintak mintak segalanya dipermudahkan untuk saya nanti, amin. Saya nak cuba jenguk Hosp Selayang pulak ni, dengarnya situ pun OK jugak. Lagipun situ ada FPP skim tu kan, kot lah nak merasa dok bilik sorang ala ala private ahahah. Walaupun tu hospital kerajaan, tapi tu bukan alasan untuk staff diorang bagi servis sambil lewa kan. Alah, biasalah tu dalam yang positif mesti ada yang negatif jugak kan.

Ok meleret pulak bila membebel pasal hospital ni. Serius saya risau ni, tsk. Mohon semuanya dipermudahkan, amin amin amin. Air selusuh pun emak dah bekalkan, buat ikhtiar dipermudahkan bersalin nanti tapi saya geli la nak minum air selusuh tu sebab warna dia hijau. Rasa macam minum spirulina rasa nak termuntah padahal rasa dia macam mineral biasa je. Jalan pendek dia, kita minum je sambil tutup mata takyah bayangkan warna hijau dia :p itu baru cerita air selusuh, yang minum minyak selusuh tu saya tak tahulah betapa tabahnya korang hehe

So far, persiapan boleh dikatakan hampir siap. HAMPIR ye, bukan 100% complete. Inilah dia orang last minit, hahah. Esok esok dah nak beranak barulah menggelabah nak cari itu ini semua. Ada lagi yang dibeli ni, barang barang saya lah mostly. Yang penting, bengkung belum sempat lagi nak pergi kedai beli -_-" Oh nak kena semak semua checklist baby karang ni, untuk pastikan semuanya dah sedia. Takdelah kesian husband nanti panik nak cari barang barang saya kan. Hehe. Adoi, cerita panjang sungguh macamkan esok dah nak bersalin je. Walhal ada banyak hari lagi, insya Allah.


13 comments:

myfirdz said...

saya pun bersalin kat hospital kerajaan.. skrg dh byk hospital krjaan yg setnding swasta gak.. doa kan moga semua dipermudhkan.. itu lebih baik kan.. mungkin yg terkena yg tak baik tu, biasa la yang tak baik mmg org suka heboh2 kan.. moga selamat semuanya ea... :)

pRincESs_N said...

Wuaaa....aku tumpang cuak jugak boleh?? Seriously...otak aku plak jammed pk kan ko nk bsalin...OMG!! OMG!! Hihihi

mamaellycollection said...

smoga slamat semuanya izza..

Amie said...

Hospital kerajaan sekarang tak macam dulu, perkhidmatannya jauh lebih baik... apa pun biasalah komunikasi antara manusia dengan manusia, memang ada yang tak puas hati, yang penting keselamatan terjamin anak beranak... selamat menempuh alam baru, take care...& bertenang selalu.

mun said...

mun bersalin di hospital serdang...alhamdulillah semenye ok....boleh baca review di blog mun....pape pun yang penting doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

zurina said...

Assalamualaikuum..pengalaman sy kt hosp kerajaan ok je..klu kite lyn dieorg dgn baik senyum2 peramah skit insyaAllah dieorg pn akan bg lynn baik..mmg ade yg sombong tp biase la dieorg nk lyn ramai sngt org..semoga semuanya dipermudahkan..amin

nanonano said...

ko dah beli air selusuh? hijau meh
air selusuh aku, fil guna air masak biasa je
tp dia baca2 la..cmtu je, hehe so telan mcm biasa je xde mslh :D

Zumie said...

aduh den ni neves gak syg huhu..semoga dipermudahkan okay..amin

Hana Soffelia said...

Insyaallah bersalinlah kat mana2, janji selamat. Hana bersalin hospital gomen gak, so far ok je. Tp tang menunggu lama, esok msuk ward tu mcm xlogik je. kalo dh kita pergi time tu btl2 nk bersalin, mesti didahulukan.

Ietams said...

take care iza!
kejap je dah nak bersalin dah eh.
jgn di pedulikan sgt kata-kata orang.
pengalaman akak dua-dua anak bersalin sepital kerjaan.
Superb je!
nak dorang superb layan/servis kite, kite sendiri pun kene la cooperate dgn superb juga dgn dorang.
kalu kita pun belagak & menyombong dgn dorang, dorang pun reply balik la dgn cara yang same kat kita.

walau ape-ape pun.. kita kene sentiasa berdoa yg baik² dan selamat semuanya yer za.
jgn sebab kan sana sini punye prasangka negatif buat kita pun jd negatif.

sharEna said...

sakit bersalin tu x kire beranak kt mana2 pun tetap jugak sakitnye Allah jelah yg tahu huhuhu.

beza gomen n swasta ni mostly drp segi perkhidmatan. klu dh mmg nk bersalin gomen, kena redha ajelah camne pon layanan yg dpt nanti. ikut nasib masing2. ada OK ada KO. x boleh komplen byk hihi

klu kt private dia layan mcm haram, mmg xboleh redha. wajib bagitau pihak atasan sbb kite bayar bkn sikit2 ye dop? ^^

Maria Rajab said...

dilema kan..maria dlu dilema masa anak first..dan dilema tu akan dtg balik kalau maria ngandung no 3 sbb dah pindah umah dah skrg ni..huhu..

antalya said...

dear, pls pls jgn bersalin kt h.sg.buloh..my bad experience. hubby bergaduh dgn nurse. also myself teruk kena marah dgn nurse masa nk bersalin.dibiarkan sorang2 dlm labor room smpai saat nk melahirkan.before msk labor room terpaksa duduk atas kerusi biasa sambil tahan sakit.melilau merata2.xdpt katil.worse part, tak dibenarkan bwk masok henpon.susah kita nk contact ngan hubby kt luar.giler sakit hati dgn h.sg.buloh. so plz la jgn ke sana. if possible bersalin kt h.selayang atau the best kt h.ampang. if dorang tanya kenapa dtg jauh2 tipu la sket ckp kebetulan tido/dtg umah kakak/abg. tiba2 dh sakit nk beranak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...