Thursday, December 13, 2012

Kari Kepala Ikan

Lately ni kitorang memang selalu makan luar. Memang hari hari lah boleh kata, sampai tuan kedai pun dah kenal hahah. Sampailah satu masa, saya mengadu dekat suami..

Boring dah la yang makan kedai tu, walaupun sedap tapi dah rasa muak.

Abang pun sama, tak selera nak makan. Sebenarnya abang dah tak lalu nak makan kat luar :( nak makan kat rumah pulak

Waaaa ! Barulah saya tahu, ada orang rindukan air tangan saya rupanya dia, alololorrrr comelnya dia tu suami siapa la ni :p 

Terusik jugak hati saya ni bila suami mengadu dah jemu makan luar. Kalau makan kat rumah, biarpun cuma sup sayur dengan telur dadar pun dah cukup selera kan. Alah, lagipun suami saya tu tak cerewet. Bagi beliau nasi panas dengan ikan bilis goreng garing pun dah cukup buat 2-3x menambah tu heheh.

Jadi semalam rajinkan diri, ringankan bontot untuk masuk dapur memasak. Saya bukan apa, yang paling malas adalah nak mengemas dapur lepas masak tu. Nak lap itu ini, mop lantai dapur, lap dinding yang terpercik percik minyak tu, cuci sinki phewwww dah siap semua tu barulah boleh makan dengan tenang :D

Berkat niat saya nak memasak untuk perut suami, maka terhasillah menu berikut :p


Semua ni nak perabih stok dalam peti ais tu, emak saya bawak stok barang mentah masa datang rumah hari tu. Emak saya comel, suka ingat anaknya ni masih kecil kalau datang rumah saya, bawak stok barang mentah, bawang, cili, serai hahah.. Emak, emak.. anak mak ni masak juga kat rumah tau, jadi bahan bahan tu mestilah ada. Kalau takde pun, kan kita boleh beli kat sini :)

Kari kepala ikan siakap, ikan rebus goreng nak cicah budu dan tempoyak :D

Sebenarnya nak buat gulai ikan Kedah ataupun kari ikan cayaq diorang panggil. Tapi tak menjadi nampaknya, tetap jugak dia menjadi pekat walaupun saya dah kurangkan rempah dan juga santannya. Hewhew takpe, saya akan cuba lagi lain kali. Budu pulak kes teroengaruh dengan si Na tu la, siapa lagi geng saya yang duduk pantai timur kan. Kebetulan ada pulak sebotol budu kat rumah ni tapi tak reti nak makan hahah. So semalam try, not bad. Sedap juga !

Ok, sekian cerita masak masak dari saya. 



7 comments:

Izzati Asyraf said...

Rasanya mak mak memang macam tu la..mama saya kalau datang rumah siap bawa udang, petai, serai , kunyit..yang paling dasyat bawa durian..naik bas kot.walaupun bleh ja p market cari semua tu...tu la dia jasa ibu tak terbalas.walaupun kita ni anak..tetap tak nak menyusahkan kita..tq mama..jasamu dikenang..
..*Nangis bila ingat!

nanonano said...

ahhh xkick ah budu mu xperah asam limau, mesti hanyir :p

Zumie said...

rajinnya isteri sape la ni

Hana Soffelia said...

Na, budu mkaan dengan durian lagi sedap wooo. Bau durian kaw-kaw kata kau! bahaha

Kagumlah dgn awak ni, rajin msk.

♥z@z@♥ said...

mcm x percaya org luar pun pandai mkn budu..hihi

dhiera said...

tibe2 teringin nak makan budu! huarghh..sedap ye

♦ nisa ♦ said...

Salam iza,
Selama ni jadi silent reader jer..Tapi mmg betul mak sy kalo dtg rumah macam macam brg mentah bawa ikan, sotong, serai, daun limau purut lah..And then hari hari masak kalo duduk umah sy..ank nye ni balik keje tahu makan jer..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...