Tuesday, December 4, 2012

Extra Moist Chocolate Cake

Saya bukan peminat benda benda manis sangat. Tapi coklat dan aiskrim, saya suka !! Hari tu nampak kawan ada jual extra moist chocolate cake dekat FB. Terliur rasanya, terus order ! Hehe yang best ada delivery service heheheh


Kelihatan seperti ibu mengandung yang buruk lantak ken, sampai 6 bekas. Hep, buat stok katanya :p



Extra moist chocolate cake yang terbukti sedap. Suami pun suka, sorang sebekas kitorang makan hewhew. RM5 sebekas. 



Limpahan coklat yang lazaaaaaaaaaaaaaaaaaat wa cakap lu !!! Serius sedap, makan sejuk sejuk oh setapnya.


Dengan nescafe panas pun best juga :p sejuk lawannya panas. Eh nikmatnya rasa. Terus saya terlupa sakitnya tangan ni kesan suntikan ambil darah pagi tadi :p

Oh anyway, pagi tadi saya ada second MGTT. Sekali dengan monthly check up lah. Eh, dah start 2 minggu sekali check up, yelah iols dah 35 minggu dah ni. Kategori sarat la kot hahah tapi rasanya perut nampak tak berapa besar lah so people tend to forget yang saya ni dah tak larat. Bukan mengada ngada, tapi fakta ni. 

Suami baik hati sangat nak temankan check up kali ni, saya tak request pun sebab memang biasa pergi sendiri je. Alah, basic check up bukan ada apa pun, lagipun saya selalu pergi belah petang.. Dalam setengah jam dah habis, tak berbaloi nak mintak suami tinggalkan kerja dia. 

Tapi kali ni pergi pagi pasal kena buat MGTT second time. First time hari tu normal je resultnya, tak tahulah kenapa kena repeat. Whatever. Lengan saya ni pulak memang tak keluar urat nak cucuk ambil darah tu. Jawabnya kena cucuk kat tangan lah, sakit gila kot tadi. Sampai bengkak urat jadinya. Tak tahulah akak tu salah cucuk ke apa. Dahla mula cucuk urat lain, lepas tu katanya urat lari pulak. Cabut keluar jarum, cucuk urat lain pulak grrr sakit ok ! Dah minum air gula, biasalah kena tunggu pulak lagi 2 jam untuk ambil darah seterusnya. Tapi dah kata datang check up pagi, sementara menunggu nak ambil darah, sementara tunggu turn check up jugak la. Orang ramai sangat. Memang kalau ada pilihan, tak kuasa nak datang pagi.

Dalam pukul 11, ambil darah kali kedua. Bengkak urat juga. Dah kenapa sakit sangat kali ni. Last time rasanya tak sesakit ni. Tsk. Perut pun lapar, puasa dari pukul 10 malam tadi sampai 11 pagi ni kan. Tu pun saya minum air kosong jugak heheh. Minum air gula tu pun tak habis, tinggal lagi suku nak termuntah sangat rasanya humban je la balance tu dalam sinki :p tengok je lah resultnya nanti, harapnya semua ok.

P/s nak order kek ni, cuba tanya dengan abang ni ---> ABG EMCC :p






13 comments:

MieZa said...

murahnya coklat moise tu yunk...
apa link? nak order jugak..

Hana Soffelia said...

serius, memang sedap. kat opis hana ada tukang jualnya. pernah rasa sebekas je. esok terus order utk 2. sekali hadap je. hahaha

Hasnah said...

aku xsuke mkn kek full coklat. xtau kenapa haha =D

juelee said...

sedak nampak choc cake tu hehehhe.. aku pun tak suka amek darah tapi ritu amek darah kat sepital pantai ampang, kagum ngan nurse tu.. tak rasa sakit langsung.. hebat la die mencari urat, selalunya sokmo la sakit...

Izzati Asyraf said...

order kat mana tu...??nak jugak..

nanonano said...

oihh kt kuantan pun ade jual ka hana?
mau order jugak la!! :p

Maria Rajab said...

sama mcm yg kita beli kat sini..nyum2 sedap kan..br habis mkn smlm..mmg sedap..coklat dia penuh..hehe..

-eLyNhere- said...

rupabentuk dan packaging dia sama mcm anis choc cake sebelah ofis ni ha. harga pun RM5. tapi stickernye lain. terliur pulak tgk.. gulp!

Zumie said...

saya pon ada jugak..bekas love lagi tau..nomnom

Ietams said...

eh dah 35wks ke iza?
tp tak nampak sangat mcm dah sarat kan..
senang menten nanti lepas beranak

Unknown said...

Extra Moist Chocolate Cake (EMCC)

RM 5 per box promotion price
Call/sms/whatsapp FIFIAN 012-3514653 to order
Free delivery within KLCC/WangsaMaju/Gombak/BatuCaves/Selayang/Kepong area.. Minimum order 5 box

Extra Sedap.. Extra Delicous.. Bakal buat anda termimpi2.. :)

thanks izza for the promo.. ;)

[sutera kasih] said...

yummy...sedapnya tu..nk satu hehe

Siti Asiah said...

memang sedap coklatnya lain dr yg lain...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...