Makin sarat saya ni, selera makin mengada. Makin menggajah. Dan makin tak kisah dah berat badan, tsk. Ada beberapa benda dah yang saya listkan nak makan sebelum bersalin sebab nanti dalam pantang kan tak boleh makan :p kempunan saya nanti, kesian. Hahaha. Alasan je semua tu. Cakap je la kuat makan kan.
So, hari tu tekak teringin nak makan western. Kat area Sg Buloh tu, ada satu kedai western yang agak famous. Tree Steak House nama dia, dek kerana isteri dah sebut sebut nak makan situ, suami saya pun redha je meredah hujan lebat semata mata nak pergi makan situ. Haha. Eh, meredah hujan lebat bersama sama ok. Tempatnya tak jauh sangat pun dari rumah kitorang, dalam 20 minit aje.
Sampai sana, tengok full house. Aiyomaaaa, tapi nak jadikan cerita mungkin nasib kitorang baik, dalam tengah cari cari tempat duduk tu, ada couple yang dah habis makan. Yayyyy, mari duduk ! Lapar ni !
Lamp chop with bbq and brown sauce. Not up to my liking. Daging tak lekang, letih tangan nak potong daging tu. Letih gigi nak kunyah, tahu ? Brown sauce sedap, bbq sauce manis. Don't like. Tapi habis la jugak makan pasalnya lapar. Haha.
Chicken chop untuk husband. Tak dapat nak komen pasal tak rasa :p tapi sauce dia tu sama aje kan. Dan ayam biasanya takde masalah liat liat ke apa ni kan.
Tertunailah hajat tekak yang nak makan kat sini. Tapi no more next time lah kot sebabnya takde apa yang special pun. Sama je macam kedai kedai lain. Harga oklah, affordable. Tapi untuk korang kalau nak cuba tu, apa salahnya kan. Hehe.