Thursday, November 1, 2012

Scan 4D

"Dah scan baby ??"

Ini soalan favourite yang selalu sangat ditanya orang, walhal soalan sebenarnya "Dah tahu jantina baby ke ?" kan, kannnnnnnn ? 

Saya buat monthly check up dekat Klinik Desa Subang. Nama pun Klinik Desa, kemudahan pun so so aje lah. Memang takde kemudahan apa pun pendek katanya :P tapi, saya suka pergi klinik desa ni. Paling utamanya sebab dekat dengan rumahlah. Nurse nya pun semua baik baik belaka, peramah, kita nak tanya apa apa pun senang hati je diorang jawab. Cucuk pun lembut je, kesimpulannya saya memang senang hati ke sana :)

Tapi, kontranya pula sebab tak banyak kemudahan, bila ada masalah ke apa ke terpaksa refer ke Klinik Kesihatan pulak. Nak scan pun, kena pergi scan sendiri. Nak scan berapa kali terpulanglah, tapi biasanya kalau kat swasta ataupun Klinik Kesihatan yang lengkap, setiap kali check up memang jumpa baby kan ? :) Bestnya boleh jumpa baby setiap bulan !

Saya pulak setakat ni cuma buat 3 kali scan je. Scan yang terbaru ni kitorang buat keputusan untuk buat scan 4D. Hehe saje gatal sebenarnya. 4D dengan details scan. Dah lama dah saya pun tak dapat nak recall minggu keberapa, dalam minggu ke 25 ke 26 macam tu lah. Sedang molek kalau nak buat 4D scan tu. Punyalah berdebar tahu tak nak buat scan tu, seminggu sebelum tu lagi dah tak sabar hehe. Sebenarnya tak sabar nak tengok ni boboy ke gegirl. Ikut muka mommy ke daddy ni hehehe. 

Saya buat scan ni dekat Hospital Umra, Shah Alam. Appointment buat secara atas talian, saya malas nak godek balik link tu lah. Kalau siapa nak buat under Ms Jezzlyn tu jugak, bolehlah search kat nama 3D 4D Scan Malaysia, nanti dalam tu ada link ke website untuk buat appointment tu. Ms Jezzlyn ni bukan buat dekat Umra je, dia pun buat dekat klinik kat Ampang dengan Seri Kembangan. Tengoklah sendiri kat situ yek :D

First time nak share muka baby dekat public ni tau.  

[picture has been removed]


Hehe, muka bapak dia :P

Lama jugak sesi memujuk baby supaya tunjukkan muka dengan jelas. Asyik mengiring lepas tu tangan tu tutup mukalah. Dah tangan tak tutup muka, dah elok tak mengiring, dia main tali pusat pulak dah.. Dah gambar muka ada segaris line tali pusat kat tengah tu hehe you are so funny la baby, geram tau ! Waktu scan tu, baby tengah syok tidur. Yelah nak buat apa lagi kan dalam tu, tidur aje lah. Muncung muncung mulut dia sebab kena kacau tidur hihi.



Best sangat buat 4D ni, rasa berbaloi bayar RM100. Sebab dapat banyak gambar dan juga video :) Hari hari boleh tengok. Tapi nak buat scan 4D ni terpulang dekat diri masing masinglah, siapa nak buat, buatlah. Siapa taknak buat, tak payah buat. Sebab ni bukan apa pun, cuma ala ala live streaming tengok baby dalam perut aje. Segala perkara details macam berat baby semua tu tak boleh diketahui dengan scan 4D ni. Itu kena buat 2D scan atau details scan. Tapi kalau tanya saya, mestilah saya jawab "Buat !!!" :D


Gegirl ke boboy agak agaknya ye ?


:D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...