Monday, November 19, 2012

Hujung Minggu Yang Panjang

Minggu lepas, sehari kerja, sehari cuti, sehari kerja, sehari cuti.. Lama lama kita pun dah lost track of day and date kan. Hahah. Mencik cuti selang selang sehari ni, makanya saya telah cuti straight dari Khamis terus ke Ahad. Hahah. Lagipun Khamis malam tu suami baru je balik rumah lepas 3 hari 2 malam pergi bercuti :p Jadi Jumaat, kita dating ! Yeayyyyyyy !!!!

Seronoknya spend masa bersama kat rumah berdua, bila dalam kereta nak ke mana mana pun nanti mesti ada topik, Hmmm tak lama dah kita berdua ni. Dalam sebulan je lagi dah bertiga. Hehe. Berdebarnya. Suami tu saya tak pasti lah berdebar ke tidak :p tapi saya ni haaa wuu cuak cuak. Mohon semuanya dipermudahkan oleh-Nya nanti, amin amin. Hobi saya sekarang ni punggah baju baby dari beg, lipat balik satu satu, match kan baju, seluar dengan mitten dan booties, rompers dan leggings, lepas tu masukkan balik dalam beg dia. Esok malam buat lagi benda yang sama, haha tak reti jemukah ? Mengalahkan orang tengah angau, geram tengok baju size mini tu nak lagi skirt ropol ropol semua tu hish geram tau, setiap kali keluar asyik nak beli baju baby je. Kadang tak beli pun, belek baju baby pun makan masa berejam jam.. Suami dah pesan tak payah tambah baju baby lagi T__T tapi saya rasa macam masih tak cukuplah apa yang ada ni terutamanya baju lengan panjang dia, nanti kita pergi beli lagi ye sayang ? Please, pleaseeeeee ... hehe

Minggu ni jugak saya ditemani adik adik di rumah. Seronok sangat, girls time ! Masa suami tak ada ni lah, dapat peluang bergosip gosip huha huha dengan adik adik. Masa suami ada pun boleh juga tapi feeling dia tak sama :p yolah tu kan. Pergi shopping sikit dengan diorang, dalam taknak beli baju baby tu, terbeli juga lagi. Dengan adik adik saya pun naik syok tengok baju baby comel comel kan, dahla comel.. Murah pulak tu. Saya beli sehelai romper Tollyjoy dekat Jusco.. Skrg tengah YES kan, jadinya dari RM26++ cuma RM 7 je ! Dahlah comel, apalagi.. Wajib beli ! Itupun saya dah tak larat nak memunggah kain baju kat situ, kalau tak, mesti angkut berhelai helai lagi balik :p saya ada niat nak ke Pureen Warehouse sales 24-25hb ni. Baca review orang kata best. Tapi macamlah saya ni larat sangat kan nak berebut rebut dengan orang hahah. Jalan dekat OU dari hujung sini ke hujung sana pun 2-3 kali berhenti rehat, mengah hoi. Hahah.

Tapi kan, walaupun hari tu hujung minggu yang panjang.. Kerja saya ni asyiklah bertangguh. Dari seminggu ke seminggu asyik kata nak kemas bilik baby, nak kemas laundry room nak jadikan guest room semua, nak kemas itu, nak kemas ini.. Semuanya tak jalan ! Lagi seronok duduk bermalas malas kat rumah dari nak mengemas semua tu. Tapi macam mana pun sebelum weekend ni, wajib kemas rumah semua sebab mak ayah saya nak datang hehee. Itu adalah wajib, sebelum emak kata anaknya ni pemalas tak kemas rumah kan :p duduk berdua memanglah takde apa nak kemas sangat pun, balik balik settlekan hal baju, lepas tu nak vacuum dan mop rumah, cuci toilet, kemas dapur semua. Sekarang tengah fikir macam mana nak arrange perabot dalam bilik tidur tu. Bilik tak besar mana, muat ke nak letak baby cot sebelah katil tu. Korang masa baby masih kecil, letak mana ? Tidur sekali atas katil ke, tidurkan dalam baby cot bilik asing ke macam mana ?

Hmm, selain dari tu.. Apa je yang saya buat kat rumah ye minggu ni.. Oh anyway I am so happy because of my girlfriend will be here for 2 months, during the school holiday ! Syok gila nasiblah husband beliau kerja sini, dapatlah saya pun spend masa sekali.. Sebelum ni jarang jarang sangat dapat jumpa :)

Dan, saya pun dah dapat hadiah dari girlfriend ! Terharu sangat sebenarnya, dah macam macam girlfriend buat untuk saya.. Tak terbalas rasanya. Dari sebelum kahwin lagi sampailah dah nak dapat anak ni, asyik menerima aje saya ni, harap harap ada masa untuk saya memberi jugak selepas ni, amin amin amin..



Custom made nursing pillow for mommy. Ini memang betul persiapan ke alam motherhood ni heheh. Thanks babe, love it so much.


Baby pun dapat baju juga dari Auntie Iman. Siap dengan pre walker shoes lagi, thank you thank youuuu I love it ! Tempias shopping baju baby kena juga kat girlfriend saya rupanya hahah, ingatkan saya sorang je :p ini baru baby saya, cuba kalau time mereka nanti.. Mesti lagi meriah masing masing kan.

Syukur saya dikelilingi orang orang yang baik, semuanya baik belaka. Keluarga yang baik, adik adik yang baik, suami yang baik, kawan kawan yang baik.. walaupun ada terkurang sana sini tapi saya tetap rasa berpuas hati :) sayang mereka semua !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...