Friday, November 23, 2012

I'm A Proud Sister

Hati melompat lompat gembira hari ni. Will have my parents here at my home this weekend ! Lamanya tak jumpa emak ayah. Baru lepas cakap dengan emak ni, ya Allah baru tersedar dah 10 hari tak call rumah. Lama sangat tu. Isnin lepas ada call tapi cakap dengan ayah je, tak cakap dengan emak. Rasa sungguh bersalah padahal ayah dah pesan dah, anak kena telefon rumah hari hari. Tak tahulah apa yang disibukkan pun, kerja je la kot. Balik rumah, masak, kemas rumah sikit sikit, rehat rehat dah masuk tidur. Asyik lupa. Tsk, lepas ni tak lupa dah. Mesti. Wajib. Kena telefon rumah setiap hari.

Mak ayah datang sini bukan sebab nak melawat cucu ye, cucu belum keluar lagi hahahah :p tapi sebab Sabtu Ahad ni adik adik saya konvo. Seronoknya !


Second convocation for my second sister. Eee bestnya. Bangga betul tengok adik nak sarung jubah dua line ni :) Harap harap ada peluang nak tengok husband pula sarung jubah dua line ni nanti ye sayang ? Amin amin amin.. Saya ? Oh, taklah kot. Tak berminat dah nak sambung belajar buat masa sekarang ni hahah. Matlamat hidup betul betul dah berubah, nak lagi dah nak ada anak ni. Hilang dah semangat saya nak sambung belajar dulu tu. Itulah orang kata, kalau nak sambung belajar elok awal awal lagi. Sebab makin lama, minat dah makin kurang. Itu sayalah, orang lain saya tak pasti.

Ahad nanti adik saya yang no 3 punya sesi pulak. Tapi satu line aje jubahnya kekee :p nak sambung belajar jugak ke Nina ? Kalau rajin, sila lah sambung ye. Kalau dah tangguh tangguh, nanti mesti malas macam aku :p tapi takpelah, aku galakkan awak kerja la dulu sebelum sambung belajar tu.. 


Congrats untuk kedua dua adik saya ni.

Dan congrats juga untuk adik bongsu saya, berjaya dapat 5A dalam UPSR hari tu. Saya jenuhlah fikir adakah saya ada membuat janji janji manis kat dia ? Hahahah. Rasanya tidak kot. Lalalala. Belanja makan je la ye dik, aci ye ? Ayah saya berperangai comel, hantar sms dekat kakak kakak ni, "Sediakan hadiah aliya dapat 5A" Hahah, comel sungguh. Pastu bila saya reply, beliau tak reply dah. Cissss T________T 



Tak sabar nak tunggu habis hari ni !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...