Sunday, November 25, 2012

Pureen Warehouse Sales 24 - 25 Nov

Ini yang saya tunggu tunggu sejak sekian lamanya, akhirnya dah tiba ! Hihi saya mula mula ingatkan dah tak larat sangat nak pergi, yelah sekarang dah 33 minggu kan. Badan pun dah makin berat, jalan pun makin slow asyik kena tinggal je kalau jalan dengan adik adik -_-" tapi hishhh mana boleh ! Semangat kena kuat ! Lagipun nak shopping ni, takkan takde semangat kot kan ? 

First time pergi Pureen Warehouse sales ni, dah siap google segala tips dari blog mommy mommy yang biasa pergi tahun tahun sebelum ni. Yelah, faham je lah kalau warehouse sales ni, orang macam semut. Bukan peduli dah pregnant ke, ada anak kecil ke. Kat sini, memang senang nak jumpa orang orang selfish ni. Betul, tak tipuuuuuuu.

So semalam keluar awal, tak awal sangat sebenarnya 9 lebih baru keluar rumah. Plan asalnya pukul 9 dah nak sampai sana walaupun sales bukak pukul 10 pasalkan nak berebut parking dan barang kan. Sampai PJ dalam pukul 9.45 macam tu, parking senang je sebab ada basement parking dekat bangunan sebelah tu. Sejam RM2. Masuk je kawasan gudang tu, kawasan depan penuh dengan toiletries, pampers, napkin segala accessories baby ni lah. Orang tak ramai lagi masa ni. 

Terus menuju ke kawasan belakang, tempat longgokan baju baju. Hui, amik kau. Rupanya di sini tempat semua manusia berkumpul. Hahah. Punyalah ramai orang, blur sekejap saya dan suami macam mana kita nak berebut baju ni, ramai betul orang takde ruang nak mencelah. Kawasan paling ramai orang mestilah kawasan RM3/each. Baju pulak asal diorang letak baru je, habis ! Asal letak baru je, habis ! Pasal apa, pasal bila diorang letak baju baru je, mak ayah ni kaut semua masuk dalam shopping bag sendiri.. Lepas tu duduk tepi, pilih mana yang nak. So siapa yang duduk pilih kat situ memang boleh kata putih mata la korang, tak dapat apa ok.

Beberapa kali lah saya dan suami putih mata tengok je kan. Last last bila datang je kotak baru ke kawasan kitorang tunggu tu, terus lah suami kaut mana yang boleh.. Mohla kita pun pilih kat tepi. Serius, bukan nak jadi selfish, tapi kalau tak buat macam tu, memang tak dapat. Tapi lain kali pergi, dah tau dah. Tak payah nak susah payah berebut kat area baju tu. Pergi ke kat kawasan mommy mommy duduk pilih baju tu, tanya diorang mana yang tak nak, nanti diorang bagilah sekotak baju yang diorang taknak, kita pun pilihlah dari situ. Senang ! 

So, inilah hasilnya bersesak sesak semalam..


Anggaran barang yang dibeli, dalam 18 helai baju, bottle cleanser, detergent, mosquito net, baby wipes, baby wash, napkin, macam macam benda kecil tu semua dalam RM200. Ini adalah pembelian yang berbaloi ! Hihik. Beli baju babylah paling puas sekali. Sehelai RM3, mahunya orang tak berebut kan ? Tapi memang kena pergi awal pagi, betul betul awal. Kalau lambat sangat, baju pun dah kurang lepas tu orang makin ramai, makin letih nak memilih.

Kaunter pembayaran pulak, cepat je. Takpayah beratur panjang. Hehe. Best. Ok, jom bagi tips untuk yang nak pergi Pureen punya warehouse sales next time !

1. Pergi awal pagi. Kalau kata bukak pukul 10 pagi, sebelum 10 dah sampai sana sebab kadang kadang dia bukak awal. Sbb kitorang sampai 9.45 pagi pun orang dah ramai. 

2. Tak payah bawak budak kecil. Tinggalkan aje kat rumah :p

3. Sampai je, silakan tuju ke bahagian baju dulu. Sebab baju cepat habis dan murah ! Wajib beli banyak banyak baju sebab memang murah, sehelai RM3 je. Jadinya sepasang baru RM6 kan. Crazy cheap !

4. Nak memilih baju kat tempat dia memang susah sebab mommy mommy dah kutip dulu sebeban untuk stok sendiri lepas tu pilih kat tepi. Jadi, jalan senangnya approach je diorang tanya je yang mana diorang dah asingkan yang diorang taknak, pilih je dari situ :)

5. Bayar dekat kaunter pembayaran area belakang dekat area baju tu, tak payah beratur langsung ! Kalau kat area depan tempat pampers tu semua, barisan macam ular kena patuk. Dah tak tahu mana penghujungnya.

6. Takpayah pilih satu satu barang tu lama sangat. Bagi peluang orang lain pun nak memilih juga.

7. Buat list siap siap barang apa yang nak dibeli. Jangan datang dengan otak kosong tak tahu lagi nak beli apa :p

Ok, tu je yang saya ingat. Nanti update lagi. Apa pun, sales ini best ! Siapa yang nak pergi tu, hari ni masih sempat cuma tak tahulah apa yang tinggal kan :p


5 comments:

Hanani said...

wah,puas hati dapat shopping gini kan..

Hana Soffelia said...

wah, gigih kemain mak buyong ni. hehe tp berbaloikan. Gila baju rm6! hana xsempat pun pegi pureen wholesale, sempat g manjaku je tp xdelah jumpa baju rm6 ok. kat manjaku baju yg rege rm80 pun less jadi rm25 gtu. eeeee, bla lag, bila lgi! mau g. hehe

Zaza Si Photographer said...

wah dah 33 minggu pun ligat lagi terjah warehouse sale!
All the best! baby Alice dulu ngam² 38 minggu dia keluar.
moga² semuanya dipermudahkan :)

dhiera said...

gigih betul mak boyot ni~
really nice tips darl!

Ietams said...

memang best pegi pureen warehouse sale ni kan..
akak tak minat pegi pepagi iza.. sebab gila pack.
timing akak selalu pegi petang-petang.. pukul 4 sampai sana.. suasananya dah tenang, orang pun tak ramai sgt.
sebab akak pegi sana tak taget nak beli baju bajan. memang tertumpu nak beli barang² saje

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...