Saturday, November 17, 2012

Potluck Blogger Mom

Nama je blogger mom, tapi ai still menyingle lagi. Bawa baby dalam perut je dulu heheh. Observe je dulu keadaan keliling yang penuh dengan baby ni. Ada yang beranak sorang, ada yang dah beranak dua. Kagum tengok diorang handle anak masing masing. Hehe, saya duduk tepi ambil pengajaran mana yang patut la :)

Oh, kisahnya MekNa plan turun KL hari tu. Hari tuuuuu tuuu saya pun dah tak ingat bila, nampak sangat dah lama. Beberapa minggu yang lepas la tu. So sajelah plan nak jumpa, potluck semua. Tweet punya tweet, ramai juga yang join. Bila dah ramai, saya segan hihik. Mula mula dah ingat tak nak pergi, tapi takut kena tumbuk perut pulak dengan MekNa tu hahahah. Jadinya kita redah je lah. 

Nak decide tempat, saya biarkan diorang je berbincang. Dari Bangi ke swimming pool Presint 9, akhirnya kitorang landing di rumah Zaza. Hihi, thank you yunk sudi sediakan rumah untuk semua orang berkumpul. Yelah, jumpa pun dah petang dekat Maghrib dah.. Hari mendung nak hujan, memang tak dapat nak buat outdoor. 

Jom kita tengok makanan di hari kejadian, sedap belaka !



Buah dibawa oleh Mar. Saya ni boleh kata hari hari bersembang dengan Mar, tapi bila jumpa kat sana boleh pulak pergi tanya dia, ni sapa ye.. Tak cam lah. Hahaha tak perasan lagi anak anaknya time tu, kalau perasan mesti dah cam :D


Creampuff, DFCC dengan cheese tart diimport khas dari Kuantan. Merasa jugak nak makan DFCC ni. Hehe nak buat rasanya memang tak sampai sampai seru kahkah. Thanks sayam, nasib ko ada turun jugak KL sebelum aku beranak :p


Pavlova oleh Fad. First time jumpa Fad, jarang jarang tweet juga. Segan juga dengan Fad sebenarnya, nak segan apa entah :p Suka tengok Iman dengan Isma, comel sungguh sedondon baju diorang. Iman sweet sangat :)


Spagheti oleh tuan rumah, Puan Zaza. Yang dalam bekas oren tu, congo bars by yours truly. Hahaharap harap sedap lah dimakan oleh korang semua ye ^_^

Oh ada lagi satu, mi goreng sedap oleh Kak Ana. MekNa la ni tak snap gambar, jadinya takdelah gambar mi sedap tu :p hehe yelah saya takde ambil gambar apa pun hari tu, semua gambar curik dari entry Na, kehkeh. Saya yakin dia mesti izinkan lalala :p Mi goreng Kak Ana serius sedap hoih, termimpi mimpi sampai 3-4 hari teringat rasa dia hihik. Don't worry kakak, tak mengidam hehe risau dia tau sebab saya asyik puji puji, takut mengidam katanya :p

Bukan saya seorang je ibu mengandung hari tu, ada geng. Hihi. Ciare tukang sediakan pinggan mangkuk semua. Comel je perut dah bulat juga, hihi. Ciare punya due rasanya lewat sebulan dari saya kot. Antara semua ni, cuma MekNa, Kak Ana dengan Zaza je yang saya pernah jumpa. Yang lain semua pertama kali nak bersua tapi dah biasa hari hari sembang dekat Twitter so takdelah kekok sangat :)


The best photo of the day. Ni je yang dapat. Haha tengoklah budak budak semua dah mengamuk, time tidur masing masing kot. Cuma Iman je maintain sweet, siap buat peace lagi hihi :p

Syok jumpa korang, next time kita jumpa lagi ye !


4 comments:

nanonano said...

Ok ok next month kite UP lg event ni, make sure ana buat byk sket mee kali ni ok??

Hanani said...

bestnya..next time kalau boleh nak join..skang ni tengah pantang..huhu

sharEna said...

asek ade aje muka aku kat tepi tu. nampak tak?

Ana Lyana said...

hahaha, ok, aku up 4 bungkus mee ok.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...