Resepi dari Mek Kuantan, aku tepek sini ye mek. Senang nak refer lain kali. Hihi.
Ni gara gara dok sembang kat Twitter lah ni, terus saya teringin nak makan lemang dengan rendang ayam basah. Sedapnya. Alamak, teringin balik pulak. Tekak ni memanglah, sekarang datang musim mengada dia.
Resepi Rendang Ayam Cili Api
Bahan bahan
1 ekor ayam (potong kecil)
6 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
Seketul kunyit hidup *
Segenggam cili api *
Lengkuas *
Halia *
4 batang serai *
Belacan
1 kotak santan kecil
3 gelas air
Kerisik
Daun limat purut & daun kunyit
Bahan bertanda * dikisar halus
Cara cara
1. Tumis bahan kisar. Selepas seketika, masukkan belacan sehingga naik bau. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan ayam. Kacau sebati.
3. Tambah santan dan juga air.
4. Masukkan kerisik.
5. Setelah ayam masak dan sebati dengan kuah rendang, bolehla matikan api. Taburkan daun limat purut dan daun kunyit sebelum dihidangkan.
**********
Resepi Na memang terbaik ! Tapi.. haa ada tapinya. Haha, saya telah termenderhaka kat resepi rendang ni secara banyak. Maksalah dia, sebenarnya saya lupa hehe. Lupa nak masuk kerisik. Na kata kalau tak masuk kerisik, hilang nikmat rendang -_- takpelah, percubaan kali pertama. Tapi tak tipu, rasa memang sedap. Ala, cukup garam gula sedaplah dia kan. Hehe cuma tak asli dahla kot rasa dia.
Lagi satu, saya skip santan tu. Guna susu cair. Saya kononnya nak makanan yang sihat aje sekarang, cuba skip yang berlemak lemak tu. Yelah tu :P ok juga rasa dia. Sebenarnya saje try test aje. Nasib baik menjadi. Dan saya pun taklah buat sampai sekor ayam. Dua orang makan je kot. Pandai pandailah adjust sendiri. Saya awal awal belajar memasak dulu, memang rigid. Mengikut resepi bulat bulat. Kalau tak cukup satu bahan tu jadi tak senang duduk. Tapi sekarang, dah malas sikit. Hehe masak ikut sedap lidah je lah. Janji rasanya sedap. Eksperimen di dapur katanya, heheh.
Tapi, lain kali saya nak cuba lagi resepi ni.. Nak rasa macam mana sepatutnya rasa rendang cili api yang sebenar ^_^