Wednesday, June 13, 2012

Yang Simple Aje

Ha, dah start balik saya tempek hasil masakan yang tak seberapa ni. Maknanya semangat nak masuk dapur tu dah ada balik la kot :P

Hari ni balik dari ofis lambat. Lambat sangat. Lepas tu tak tahulah kenapa entah jammed gila 8.30 malam baru saya sampai rumah. Stress betul driving dalam jammed ni. Saya ni jarang jarang mengadap jammed. Sekali kena hadap, amik kau 2 jam terus !

Serius sampai rumah memang dah rasa longlai sangat dah. Baring mata pun dah nak terpejam. Suami pun cakap tak payah masak lah kalau tak larat, nanti dia masak burger ke apa ke yang simple simple lah. Tapi saya dengan semangat jitu pasal minggu ni dah mula buat menu masakan untuk seminggu, jadi kenalah semangat nak ikut jadual tu :P hahaha

Lagipun suami dah tolong cuci sayur semua. Senang je kerja saya, masak yang simple aje :) Memang kalau ikut list menu saya pun, inilah menunya hari ni



Bayam merah masak lemak dengan sambal telur ikan bilis. Simple sangat kan. Tapi takpelah, untuk perut kami je pun. Kalau nak masak untuk family tu, seganlah jugak kan kalau ini aje :P

Saya ni kan sukakan pujian dari suami. Jadi bila saya masak, mesti duk mengharap dia puji sedap. Walaupun dia makan dah tambah nasi dua tiga kali ke, saya tetap tertunggu tunggu pujian tu keluar dari mulut dia. Haha tak malu kan. Tapi biarlah, kalau bukan suami saya yang puji, siapa lagi :P 


Oklah, badan saya penat sangat ni. Goodnite semua.



3 comments:

sharEna said...

masakan yg simple macam nielah yg buat tambah nasi 3 kali yang oiii. btw gigig gak ko masak da mlm2 gtu huuhu. gud job

Zumie said...

suka sambal telur..sedap...hehe..

Sitie Bumz said...

kite bujang lagi..belum kawin, duk kat hostel dan ade simpan senarai menu ape untuk minggu -minggu juga. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...