Friday, April 13, 2012

Syukur

Saya pernah tulis pasal Kakngah tak sihat kan sebelum ni. Syukur alhamdulillah dua hari lepas doktor dah benarkan dia keluar wad. Ya Allah, tak tahu macam mana nak cakap lega sangat hati saya ni. Wad tu dah jadi rumah kedua mak ayah saya. Selama 2 minggu 4 hari berulang-alik ke hospital setiap hari. Mirah pun ambil cuti sebab nak bergilir dengan mak jaga Kakngah di hospital. Saya dengan Nina pulak kat sini, manalah pulak nak dapat setiap hari kan. Balik hujung minggu ajelah. Memang satu masa yang sukar untuk keluarga kami. Tapi takpe, akan mengharunginya bersama. Hehe kata family kan, we are really truly care for each other.

Semuanya bermula dari demam biasa je. Demam panas, sakit-sakit sendi semua. Masa tu Kakngah masih dekat Shah Alam. Adalah beberapa kali dia pergi Pusat Kesihatan tu, pergi Hospital Klang pun ada juga. Tapi cuma kena masuk air, dan tak kena tahan wad pulak. Saya risau tengok dia tak sihat, jadi ambil Kakngah duduk dengan saya sementara nak tunggu dia sihat. Kalau saya risau, mak ayah saya mesti lagi risau kan. Itu yang bila dengar Kakngah sakit, tak bertangguh lagi mak ayah saya terus dari Perak datang Shah Alam malam tu jugak nak jemput Kakngah balik.

Diorang bermalam dekat rumah saya, esoknya balik Perak. Singgah Hospital Ipoh, haaa terus kena tahan sampailah dua hari lepas baru boleh balik.

Tough times.

Mulanya demam jangkitan virus, lepas tu melarat ke suspek penyakit kronik. Ya Allah, saya tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan saya masa tu. Menangis mengadu dekat suami je lah yang boleh. Tapi heyyy saya ni kan kakak yang macho. Ahaks. Mana boleh menangis depan adik-adik, malu. Hahaha.

Sampailah beberapa hari lepas Kakngah called saya bagitau doktor pakar cakap negative. Menangis lagi. Tapi kali ni menangis happy. Hehe. Ya Allah syukur padaMu.. Alhamdulillah. Serius tak tahu nak cakap macam mana rasa susah hati tu tiba-tiba hilang. Rasa bahu pun ringan. Sebenarnya kan, perempuan ni memang suka menangis. Tu hobi dia. Hehehe. Sedih menangis. Suka pun nangis. Marah pun nangis. 

Adik saya sakit teruk juga awal awal tu. Sakit sendi tak boleh berjalan sangat. Kena pakai wheelchair. Nak mandi susah, nak makan susah. Mirah dengan mak lah bergilir jaga, nasib baik Mirah ada bolehlah mak rehat jugak kan :')

Tapi syukur, semua tu dah takde sekarang. Syukur sangat. Syukur. Cuma setiap bulan kena pergi buat check up dekat hospital, harapnya semua ok lepas ni.

Ada hikmah semua ni. Selama 3 minggu berturut turut saya dapat berkumpul, jumpa mak ayah adik beradik semua. Hehe ingat senang ke semua nak berkumpul satu masa ? Terima kasih untuk suami sebab faham keadaan ni, tak merungut pun dia bila setiap minggu kena balik sana. Thank you sayang. Takpe, masa ni je. Lepas ni kita balik rumah mama pula ye setiap minggu ? Hehe.



Anw, mak saya buatkan kek untuk staf dekat sana sebagai tanda terima kasih tolong jagakan Kakngah sepanjang 2 minggu ni :')





9 comments:

nyna said...

tolonglah kenapa mcm sebak je aku baca huuu

Ann Ilias said...

auww, comelnya cake!
:)

Alhamdulillah, semoga kak ngah akan bertambah sihat hendaknya selepas ni.
:)

atty's said...

alhamdulillah kakngah dah sihat..semoga kakngah terus sihat walafiat.,.amin..

kty baca entry ni pun sedih..

~daRLee ZuRiS~ said...

ehh.nape aku xtau.dekat sangatlah hospital ipoh tu.kalu x leh g tengok.
Btw, alhamdulillah kakngah dah sihat.dan semoga akan terus sihat hendaknya...

sharEna said...

aku tumpang happy. xpe, ujian nie buat hubungan sekeluarga lebih erat. insyaAllah =)

nanonano said...

*xley ckp ape, sebak*

Amie said...

Assalamualaikum,
bila baca entri ni kembang kempis perut, kejap rasa sebak, kejap rasa nak senyum-senyum... macam2, kek tu cantik...

pRincESs_N said...

Alhamdulillah kak ngah sihat...aku baca sebak lak...

Zumie said...

alhamdulillah da sihat:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...