Friday, April 6, 2012

Big Plate, Subang Permai

Terasa nak makan western hari tu. Maka, kitorang pun nak try Big Plate, Subang Permai ni. Selalu lalu je takde rasa nak singgah pulak. Lagipun teringin nak makan mushroom soup dia yang femes tu. 


Muka dah sama kembang dengan bun -_-"


Order mushroom soup ni. Nak kata appetizer pun portionnya besar.. 


Dengan lamb chop.

Air pulak, jus nenas dengan tembikai.

KESEMUANYA FAILED BIG TIME !

Tak sedap langsung dari air ke makanan. Semuanya langsung tak kena tekak. Mushroom soup tu rotinya keras. Lamb chop daging tak lekang langsung, liat. Gravy tak sedap. Jus dia pulak rasa pelik, taktau apa yang peliknya tapi saya memang tak minumlah.

Lepastu sepanjang kitorang makan dekat sana, electric trips tu sampai 3 kali ! Tiba-tiba je bergelap. Hadoih, pleaselah improve. Harga makanan taknak murah pulak kan. Average price lah. Tapi kalau makan macam ni, RM 10 pun saya taknak bayar. Serius rasa berbuku je hati ni masa nak bayar. Rasa tak berbaloi sangat-sangat. 

Sejak bila Big Plate ni jadi tak sedap ha ? Saya first time datang sini tapi orang selalu war-warkan yang restoran ni sedap. Confidentlah nak try walauponnnnn restorannya nampak sedih je !

Elok tengah malam tu, saya dengan suami sakit perut. Ini taktahu lah nak salahkan makanan jugak ke apa. Tapi pengalaman makan kat situ agak sakit hatilah.

Harapnya kalau owner restoran terbaca ni, janganlah melenting.. Jangan marah. Tapi sila improve ye untuk tarik customers. Buat apa berniaga kalau customers tak puas hati pulak lepas tu. 

Sekian, terima kasih.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...