Thursday, April 5, 2012

Checked-in Hotel Pukul 1 Pagi

Tahu tak dua hari ni saya adalah tension. Grrrrr

Hari Selasa lepas, saya nampak ada notis tampal dekat lif bagitau yang hari tu (Selasa) 3hb tak ada air sebab nak betulkan paip pecah. Dari pukul 7pagi - 7malam katanya baru ada air.

Lepas tu, saya nampak notis baru sebelah dia. Sebab masalah paip tu tak dapat diselesaikan lagi, 4hb pukul 5 petang baru ada air. Ohhhhh, dah hangin dah time ni. Orang dah la tak prepare nak tadah air banyak-banyak sebab katanya 3hb malam dah ada balik kan.

OK, takpe. Saya berharap saya balik kerja semalam ada air, banyak kerja rumah nak setelkan semua. Suami saya pulak cuti. Pukul 6 saya call rumah, masih tak ada air. Apa ni, janji pukul 5 dah ada air kan. Dua hari takde air, short notis memang boleh bikin naik hangin. So waktu balik tu saya singgah management office, katanya masih tak ada air, orang tengah tengok. OK takpe, baru pukul 7 lebih pun time tu. Lepas Maghrib, saya ajak suami keluar makan.. Balik rumah dalam pukul 10 lebih berharap supaya ada air. Tanya management office, katanya malam ni orang tu tak dapat datang, esok pagi baru ada. Hoih, kau tak hangin ? Are you kidding me ? Saya ni dahla pagi tu mandi ala kadar je sebab takde air, malam ni langsung takde airnya kau nak suruh saya mandi mana ni ? Melekit tahu tak, cranky gila lah.

Suami kesian tengok saya, ajak pusing area sana cari hotel. Sampai pukul 11 lebih cari hotel takde yang berkenan. Ada yang mahal rasa tak berbaloi pulak, ada yang jauh takut jammed lah apa semua. Sudahnya, checked in hotel dekat area office saya ni ha. Pukul 1 pagi ye. Allah, mengantuk dan penat sangat dah saya masa tu. Nasiblah dapat jugak mandi, tidur dengan selesa boleh bangun lambat lagi tu sebab dekat dengan office. Hehee

Ni kalau saya balik jap lagi ni masih tak ada air, memang amukan ablasa jawabnya !



8 comments:

~daRLee ZuRiS~ said...

Nak gelak kena marah tak?
Baca ko dok mgamuk kat tweet semalam.tak berani nak tegur buat lawak.kang kena marah ;p

atty's said...

kalau takde air memang susah..nak mandi solat semua..yg paling tak besh..nak kecing berak..

tp lor ni kalo takde letrik pun sama je susah..nasib hubby iza ajak check in..hotel

Hana Soffelia said...

Pergh~~xde air memang hazab sungguh. xde elektrik leh thn lg. Semoga balik nanti ada air kt situ, tkt masuk paper lak esok, ada org mengamuk gara2 air xde lg. hehehe

farrah said...

omg zalim gila ah sampai berhari-hari takde air... short notice some more! kita pun akan amukan ablasa gak camtu!!!

dhiera said...

paling tak boleh kalau tak air. skang ni dah ada air belum?

Ietams said...

Bekalan air & letrik kalau takde memang menyusahkan

Amie said...

Kalau tak ada elektrik, bolehlah pakai lilin ke, lampu suluh ke, tapi kalau tak ada air... ni yang susah sangat kan.

sharEna said...

so camne? jadi tak amukan ablasa ko? HAHAHHAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...