Thursday, February 9, 2012

Trip ke Utara - Part II

Baca trip ke utara part I kat sini dulu ---- > TRIP KE UTARA PART I

6 Feb 2012
Bangun awal pagi. Tapi tak berapa nak pagi lah, pukul 8 lebih juga. Dasar kuat tidur saya ni, mana reti bangun awal sangat cuti-cuti ni. Tapi kat kampung mahupun rumah mertua, sila jangan bawa perangai tu kan T_T

Pergi beli ikan dekat tempat nelayan naikkan ikan. Ikan fresh ohh. Berharap nak beli sotong dengan udang XXXL tapi nasib tak berapa baik hari tu. Udang takde. Sotong je ada. Dengan ikan yang fresh-fresh. Sedaplah isi ikan fresh ni, manis.

Balik rumah lalu melakukan kerja dapur. Siang ikan kat luar rumah. Tapi saya banyak tolong tengok je dari tolong buat. Hehe. Bukan reti sangat nak tolong lebih-lebih kat rumah orang ni (baik punya excuse. Haha)

Ikan yang fresh tu kita bakar kat luar rumah. Syoknya first time pengalaman saya bakar ikan kat bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa ni.



Lauk tengah hari tu memang superb gila. Ikan bakar, ikan goreng, sambal sotong, kerabu mangga, ulam-ulaman dengan sambal belacan. Teringat suasana kampung emak dekat Gerik, macam tu lah keadaan dia. Makan bersila ramai-ramai atas lantai. Makan pedas-pedas semua pakat berpeluh menahan pedas. Siapa yang duduk dekat dengan air lah jadi mangsa. Baru nak menyuap, orang mintak air. Hihi.

Petangnya dalam pukul 6 lebih macam tu, bersiap nak bergerak ke Wang Kelian dekat Kangar. Hari-hari berjalan jauh. Penat badan ni. Tapi bukan selalu kita balik kampung, kan ?

Sampai Wang Kelian dalam pukul 9 malam gitu. Makcik ni ada homestay sebelah rumah dia. Jadinya malam tu tidur kat situlah. Siapa pergi area Perlis sana, bolehla singgah Inap D'Kampung ni, selesa (sempat promote :p)

7 Feb 2012
Yay berjaya bangun lambat sikit. Pukul 9 lebih baru bangun yay. Badan penat gila kot, hari-hari berjalan jauh kan. Itu saya, yang duduk sebelah. Suami mestilah lagi berganda penatnya. Kesian beliau.

Siap-siap nak pergi destinasi terakhir sebelum bergerak pulang ke KL. Apa lagi kalau dah sampai Perlis tu kan, jom Padang Besar !!!

Shopping sikit dekat sana. Tak beli apa pun sebab tengok harganya lebih kurang dengan downtown kat KL ni aje. Hehe. Gerak balik dalam pukul 2 macamtu lah. Btw Perlis sangat panas ye. Masa lalu tepi padang tebu tu ya ampun rasa macam padang jarak padang tekukur. Lapang sayupppppppppp je mata memandang. Dengan panasnya, jerebunya, asap sebab ada bakar hampas padi tu lah, memang pakej lengkap.

Sampai rumah dalam pukul 12 malam. Lembik terus pengsan sebab esoknya tu (8 Feb) dah start kerja.

Sekian cerita cuti-cuti utara saya. Rasa nak demam pun ye ni. Orang manja memang macam ni lah, badan tak biasa travel macam ni T_T





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...