Thursday, February 9, 2012

Trip ke Utara - Part I

Hai !

Minggu lepas kan cuti panjang. 4 hari tu kira cuti panjanglah, kan ? Cuti kali ni saya berjalan-jalan ke utara. Memang betul-betul utara, sampai Perlis sana nun. Nak update panjang-panjang pun, gambar takde. Hehe. Jadinya saya ringkaskan je lah cerita trip kali ni.

4 Feb 2012
Bertolak ke Penang pukul 3 petang. Sampai Penang dalam lepas Maghrib. Pergi Penang sebab sepupu suami kahwin (kira sepupu saya jugaklah, kot?). Tidur dekat homestay dalam kawasan perumahan kastam dengan Gelugor.

5 Feb 2012
Bangun awal pagi. Siap-siap nak pergi Roadwalk sebelum makan kenduri tengah harinya. Kenduri katering semua dah siap takde apa nak tolong pun, jadi ada peluanglah nak berjalan-jalan. Oh ye, Roadwalk tu ala-ala Pasar Karat dekat Ipoh tu. Err kalau tak tau jugak Pasar Karat, dia ala-ala pasar dekat Stadium Shah Alam setiap weekend tu. Banyak jual barang-barang lama. Kalau pandai beli, memang untunglah. Mama dapat beli kasut Bonia dengan Primavera RM5 je satu. Memang dapat sajalah, kan ?

Dekat tepi Roadwalk tu ada foodcourt. Kitorang breakfast kat situlah. Ada roti bakar special yang sedap. Roti bakar dia yang ada telur setengah masak kat atas dia tu, alaaa macam dekat Old Town tu. Adik ipar saya ada ambil gambar-gambar ni semua, sekarang berharap dia upload dekat Facebook nanti bolehlah saya curi gambar-gambar tu semua hehe.

Balik dari Roadwalk, siap-siap pergi makan kenduri. Lepas makan kenduri, plan nak naik Bukit Bendera sekejap. Dah alang-alang kita mai Penang kan. Tapi ya ampun jalan nak ke Bukit Bendera adalah sangat mencabar. Kaum India sedang set up khemah untuk sambut Thaipusam. Jalan dah la kecik, tau ajelah kalau nak set up khemah tu semua macam mana kan. Macam-macam props ada. Pokok pisang pun ada jugak dibawa untuk dibuat props. Sepanjang-panjang Jalan Kebun Bunga tu penuh diorang saje. Kat area Bukit Bendera pun orang ramai terlampau, maka cancel. Tukar plan, nak jalan-jalan cari makan dekat Padang Kota.

Ha, ni part penting nak cerita ni.

Mula-mula nak makan dekat area Gurney Drive, tapi parking adalah takde. So teruskan perjalanan nak pergi makan dekat Padang Kota Lama. Duduk-duduk je dah kena serbu tanya nak makan apa. Tak sempat nak fikir. Otak pulak memang dah set nak makan pasembor dengan sotong kangkung. Budak yang ambil order sotong kangkung tu cakap,

Sotong kangkung ni untuk dua orang makan. Akak ada berapa ramai ?

Kitorang memang ramai time tu. 2 meja panjang penuh. So teruslah order, bagi dua setlah untuk dua orang makan tu. Sekali sampai, pinggan dia besar. Ini bukan macam untuk dua orang makan. Tau harga berapa satu tu ? RM 32 !! Ternganga sekejap masa nak bayar, dua set dah RM 64. Hello, sotong dengan kangkung je kot. Paling-paling pun RM 20 boleh terima lagi. Rugilah takde ambil gambar sotong tu. Kalau tak saya upload dah dekat sini.

Pasembor pulak sampai RM 50. Air kelapa RM 4 dahlah tu kelapa tua pulak tu isi langsung tak boleh nak korek. Total makan merepek-repek untuk dua meja je dah RM 200++. Gila melampau-lampau ye mahalnya diorang ni. Masalah dia kalau sedap tak apa. Ini, dahlah tak sedap.. Harga mahal mencekik darah. Korang kalau nak pergi makan sana, jangan main order je. Tanya harga dulu. Jangan terpsiko dengan diorang yang datang menyerbu macam semut nampak gula tu. Saya ? Memang takkan pergi dah situ. Makan seafood lagi puas hati agaknya. Nak sedapkan hati masing-masing, semua duk cakap yelah, ni pulau padanlah harga dia mahal. Haha nasiblah kan. Kalau tak terkena, tak tahu kan.

Lepas makan, terus gerak ke Sungai Petani.. Singgah rumah makcik sekejap. Mengimbas kenangan masa join GEMS dulu. Hehe. Rindu Sungai Petani :) Dalam lepas Maghrib gerak ke Sg Dedap pulak. Sg Dedap ni kampung baba. First time saya balik kampung ni. Nervous jangan cakaplah. Penerimaan orang kita tak tahu kan.

Eh dah panjang sangatlah. Part II jap lagi saya taip entry lain. Hehe.


5 comments:

atty's said...

punyalah mahal..kot ye pun..
diaorg kasi ler tau harga dulu ke..

sharEna said...

pdg kota lama mmg ramai org ckp mahal gile. jgn mkn situ. my mom n dad pon dah kena ritu. seb baek kak ya byk duit. tp ttp rasa x berbaloi kan? grrrr...

kena take note nie kalo pegi penang. huhu

nanonano said...

fuhhh sempot aku.
bc entry ena semua murah2
bc entry mu semua mncekik drh,
ni ngeri nkg penang ni, haha

farrah said...

tau takpe... kita dah taknak pergi situ dah... serik! dah la tak sedap, mahal pulak tu. char kuew teaw yang tak sedap + kosong pun RM7-8! baik makan char kuew teaw kat temerloh... jauhhhhhhh lagi sedap and murah!

overrated sungguh, kan?

~daRLee ZuRiS~ said...

Memang pun!last kitorang pergi pun kena camtu gak.pasembor 2 org mkn 30lebih padahal ambil biasa2 je.kaw2 diorang hentam.kalu kat gurney tu ok lah sikit rasanya.ambil ketam,udang dlm 30lebih gak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...