Wednesday, January 11, 2012

Shopping secara berjemaah

Malam Sabtu lepas, saya pergi rumah Ayein. Seronok sebab boleh jumpa Aryyan juga, hihik. Tujuan pergi sana satu je, nak ambil baju yang dibeli secara berjemaah. Haha. Sharing is caring ok.

Saya macam biasa, kadang-kadang shopping online ni memang secara senyap. Barang dah sampai baru bagitaulah, kan :p Hari tu sembang dengan suami, saya tak berapa ingatlah sembang apa (haha, nak cerita tapi tak berapa ingat. Yapedaa) tapi yang saya ingat suami ada cakap sesuatu macam, 

Sayang tu suka kalau shopping senyap-senyap je. Tau-tau je.. sayanggggggg ! Tengok ni (tayang baju baru depan dia). Kalau sayanggggggg.. nah hadiah baju untuk abang, takpe jugak. Ni semua shopping baju dia je. 

Hahaha.

Terus insaf saya tau tak.

Lalu esoknya terus pergi shopping beli baju suami :p walhal masa ni saya dah berniat nanti nak shopping onlinelah, so beli siap-siap baju suamilah. Haha, aci kan ? Eh jap lagi suami saya baca, kantoi pulak 
Soooooooo.. hehe panjang pulak mukadimah dia ye. Hmm, so Sabtu lepas pergi ambil baju dekat Ayein. Shopping secara berjemaah sebab minimum purchase dekat situ 10 helai. Tidaklah daya nak beli 10 helai karang mau kena jeling kan, asyik asyik shopping kann. Jadinya beli kongsi-kongsilah.

Saya bagitau suami saya beli 2 helai je. Sekali masa Ayein pass barang, adalah sekotak ! Terkejut suami saya tengok lalu cepat-cepat saya explain sebelum dia tuduh tu semua saya yang beli kan. Haha. Sebenarnya banyak lagi baju orang lain dalam tu. Baju adik saya, baju Kak Mass, baju Riza.. ha ni baju Riza dia dah amik dah semalam. Baju Kak Mass Jumaat malam boleh tak, kak? Saya nak pergi makan mi ketam Jumaat ni :D

Balik dari rumah Ayein, singgah minum sekejap. Dekat Ameerali seksyen 15. Mengimbau kenangan zaman student betul.


Nan Kima yang rasanya ada kat sini je kot. Tak pernah pulak lagi saya jumpa kat kedai mamak yang lain. 

Teringat dulu pernah makan Nan Kima dengan kakak saya kat sini. Balik dari keluar huha-huha mesti singgah sini. Lapar tengah-tengah malam keluar cari makan dekat sini. Haha yelah UKM kan tak ada curfew :P ehhh seronok betul zaman student. Dulu siap boleh drive thru roti canai lagi. Drive lalu situ, berhenti nanti dia datanglah tanya nak apa, tunggu sekejap order siap zass boleh balik. Memang boleh keluar pakai seluar tidur je :P

Okbai

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...