Monday, January 9, 2012

Passport

Nak cerita ni, pengalaman saya buat pasport. Orang belum pernah ke luar negara kan, jakun sikitlah bila first time buat tu jadinya marilah kita tulis kenangan membuat pasport di sini :p

Sebenarnya plan nak buat pasport ni dari minggu lepas lagi. Tapi busy, tak sempat nak buat dan seribu satu alasan lagi lah.

Jadinya semalam baru sempat pergi buat. Kitorang buat dekat Pejabat Passport dekat Presint 15 Putrajaya. Area belakang My Mydin tu.

 Memang dah set jam nak gerak lepas Subuh lah ni. Sekali terbabas tidur. Hehehe. Plan nak sampai sana pukul 8, tapi dah kata keluar lambat. 8.30 baru sampai. Itupun terbaikla barisan dia. Beratur nak ambil no giliran aje pun dah sejam. 9.30 baru dapat nombor. Ada lagi 60+ giliran untuk sampai ke nombor kami.

Jadi sementara menunggu tu, pusing-pusing kawasan tu. Pergi minum dulu. Dekat sejam tu, pergila jenguk balik. Nasib sempat, sebab cuma tinggal lagi 2 giliran je nak ke nombor kitorang. Cuba kalau terlepas nombor ? Eh, tak kuasa saya nak beratur semula ambil nombor. Lagipun dalam pukul 10 lebih macam tu, kaunter nombor giliran dah tutup.

Dahlah gambar saya kena reject sebab pakai contact lens. Tak sedar diri mata warna hitam, nak jadi mat saleh pulak pakai lens kelabu. Haha. Nasib baik sekarang ni saya pakai clear lens, so terus pergi ambil gambar baru ajelah dekat sana.

Dalam pukul 1 lebih macam tu, pasport pun dah siap :)

Lega. Stress ok berapa jam duduk dekat sana. Dahlah takde hiburan ke apa. At least kalau ada cafe, lepas tu pasang no giliran tu kat cafe macam dekat Pejabat Pasport kat Jelapang tu, okaylah jugak kan. Takde lah penat sangat rasa menunggu.

Untuk panduan, kalau nak buat pasport ni dokumen yang perlu adalah :

1) Salinan IC dan juga IC yang asal
2) Dua keping gambar terkini (toksah gatal pakai contact lens berwarna, nanti jadi macam saya kena ambil gambar baru :p)
3) Dan duit ye ! RM 100 untuk 2 tahun, RM 300 untuk 5 tahun.

Apa pun pasport dah siap. Apa lagi, jomlah kita !

<--- Nang if you LIKE

9 comments:

farrah said...

izza bertolak bila? bestnya nak pergi bercuti! eh honeymoon ;)

asna cute said...

ko buat passport lewat dh nk gerak dh. aku buat passport awal xgerak g mane pun hahaha

Fiza Noor said...

tq. info sgt mbantu sbb nak kena g wat pasport gak nk g holiday jun nnt :)

sharEna said...

bagun lambat sbb ape siot? hahahahha....

~daRLee ZuRiS~ said...

Nak ke mana tu.?
Tp nak wat pasport mmg lama.kitorang dulu pun.nasib baik ada kable.so leh ar ngelat kan.hihii

Redbloodsnow said...

WHOAAA ko nk gi honeymoon kat luar negara ke....wahhh, jeles lah akuuu. nak ole-ole taw nanti. hehe

lily lotus said...

enjoy ur trip :)

pRincESs_N said...

Perghh...mcm lame jekk nk tggu...kne plan btl2 ni...rm100 utk 2 tawon..psni kne fly lg la baru berbaloi..

si tuan putri kiUt said...

nak g mana?? nak ikutttttttttttttttttttt..... hihihi *lempang*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...