Friday, January 13, 2012

Mee Ketam

Ni salah satu pengaruh blog jugak ni :p


Salahkan blog Kak Jemah. Sapa suruh dia sanggup datang dari Seremban semata-mata nak makan mi ketam dekat Shah Alam sedangkan saya yang duduk Shah Alam ni pun tak pernah tau kewujudan restoran ni :p

Hehe.

Nasiblah suami saya rajin melayan kehendak bini dia yang comel ni kan. Bluwek :p


Mi ketam yang sedap. Tapi kalau takde tambah ketam tu lagi best kot. Lecehlah nak makan ketam ni. 

Mi ketam plain = RM4
Mi ketam plain + ketam kecil = RM7
Mi ketam plain + ketam biasa = RM8


Saya dengan Nyna makan mi ketam plain + ketam biasa. Suami pulak makan nasi goreng ketam. Suami kata ketam kat Bagan Lalang lagi best. Ala sayang, tu lain la sayang. Itu memang betul-betul fresh baru naik dari laut. Mana nak sama, kan ? Apapun, saya suka je kuah mi kari dia. Sedap.

Kat mana ?

Dekat Seksyen 7 Shah Alam, belakang kedai Hakim lama tu. Dekat Kompleks Anjung. Atas dia ada kedai D'Attap Seafood.

<--- Nang if you LIKE

4 comments:

sharEna said...

ko nie buat aku terliur ajelah. baru lps g shah alam last week. akhir tahun bleh kot g try hahaha

~daRLee ZuRiS~ said...

Nasib baik aku allergic ketam. Kalu tak, harus terjah bila balik s.alam

nanonano said...

Eee tension je, saje bt aku yg jauh ni trliur,dah la ngidam nk mkn mee udang makjah, ni mee ketam plok dosss, wishlist semua neh, hahahha

Erina Asmawani said...

ketam kecik tu bebetul kecik..comey je..syg nak makan..hehe..bleh gitu? nasiblah ena x minat sgt ketam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...