Friday, January 20, 2012

Berlepas ke Krabi

Yeyeah, mari update pasal short vacation saya dan suami ^_^


Ini consider honeymoon lah ye? Haha walaupunnnn dah 5 bulan berkahwin, tetap nak feeling honeymoon pengantin baru kan. Yang pergi Pangkor tu lain, itu pre honeymoon :p

Ada-ada je la saya ni.

Flight kitorang 14 Jan hari tu, pukul 1.30 petang. Sekarang kan dah senang, boleh buat web check-in je. Jadinya tak payah nak pergi airport awal sangat.


Tiket flight beli setahun awal ye. Hoho nak murah begitulah ye caranya. RM278 sahaja untuk dua orang pergi balik. Gatal sangat kan, sebelum kahwin lagi dah beli tiket nak bercuti sama :p


Sejam setengah dari LCCT - KIA


Clear imigresen dulu semua. Masa ni kitorang masih blur-blur. Hehe masih tak ada plan apa pun. Kita redah je, sampai Krabi baru kita fikir :) 

Dah arrange untuk airport transfer tapi bila keluar cari nama kitorang tak ada pun T_T

Blur sebentar kat situ, terpinga-pinga nak pergi mana. Hehe. Tapi rileks lagi sebab contact number semua ada.

Adalah tunggu dalam 5 minit macam tu, baru terperasan ada abang tu pegang card nama kitorang. Yay, jom pergi hotel. Masa ni perut memang dah kelaparan sangat, nak hantar barang lepas tu memang nak cari makan.


On the way ke pantai Ao Nang. Krabi ni besar kawasan dia, so yang kitorang stay ni di area Ao Nang.

Dari airport nak ke Ao Nang dalam 45 minit.

Sampai hotel je, check in, terus keluar cari makan. Memandangkan Abg Fifie saya ni dah pergi sana hari tu, so adalah guide sikit nak pergi mana, pergi mana semua. Sankyu abg



Our first food in Krabi. Makanan halal senang nak cari kat sini sebab majoriti penduduk Ao Nang adalah Muslim jadi pasal makanan, rasanya memang tak ada masalah.

Sebabkan lapar sangat, order macam-macam end up bill 250 baht untuk makan tepi jalan dekat gerai tu aje T_T 

P/s pasal cost dan bajet semua tu, nanti saya akan summarizekan dekat entry yang terakhir ye (which is lambat lagi nak sampai ke entry tu. Heheheee)

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...