Wednesday, November 2, 2011

We Have Been Married For 2 Months


2 September 2011 - 2 November 2011

Sekejap je dah 2 bulan kan !! Masih panggil pengantin baru lagi tak ? :p

Ramai kawan-kawan yang tanya, macam mana hidup lepas kahwin ? 

Sebenarnya tak tahu nak jawab macam mana. Hidup macam itu juga. Cuma sekarang kan dah berteman, hehe. Rutinlah yang berubah sikit. Eh, berubah banyak. Sangat jarang spend masa dekat rumah bila hari cuti. Sama ada keluar dating. Ataupun balik rumah mama. Ataupun balik kampung saya.

Sebut pasal balik kampung, minggu ni nak balik kampung yeay yeayyyyyyyyyy !!! Lagi satu berita best, ingatkan takde baju raya jugak untuk Raya Haji ni, sekali masa hantar baju ke tailor 2 hari lepas dia cakap OK kalau nak amik Jumaat ni. So, merasalah ada baju baru. Haha, yelah kesian. Raya puasa hari tu orang ni tak sempat nak beraya puas-puas, tidur pun tak cukup. Tu lah dia, siapa suruh kahwin time raya kan :p

Jumaat ni kan, birthday suami saya. Saya tengah fikirlah nak bagi beliau apa ni (harap-harap beliau takde masa nak bukak blog dan baca entry ni :p). Ada idea tak ?


<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...