Friday, October 28, 2011

Resepi Briyani Daging


Fuh, dari sehari ke sehari saya duk bertangguh nak share resepi briyani daging yang simple ni. Simple lah kan, kau guna perencah je. Hahaha :p Apapun, jom tengok resepi dia. Btw, resepi kredit to Kak Vagg ye. Saya excited lepas buat dah jadi, terus post gambar tu dekat wall Kak Vagg :p

Nasi Briyani Daging

Bahan-bahan (untuk 8 orang makan, pandai-pandailah adjust ikut berapa orang nak makan)

1. 600gm daging - dihiris, direbus hingga empuk dan disimpan air rebusannya (saya buat rebus je seketul tu, lepas tu baru hiris. Ikutlah mana-mana suka ye)
2. 4 cawan air rebusan daging (tengok jenis berat, kalau yang kena letak air lebih sikit, lebihkan air rebusan atau tambah air biasa)
3. 4 cawan beras dibasuh dan ditoskan
4. 5 sudu besar susu cair
5. 2 1/2 sb susu pekat
6. 2 sb marjerin / minyak sapi
7. 4 sb minyak masak
8. 1 paket Rempah Nasi Briyani Maggi

Cara-cara

1. Panaskan minyak, cairkan minyak sapi. Masukkan susu cair, susu pekat dan rempah maggi. Perlahankan api dan kacau sebati (saya bancuh dulu rempah maggi ni dengan air untuk elakkan berketul)
2. Masukkan daging, kacau dan biarkan sebentar. Matikan api.
3. Masukkan beras ke dalam periuk bersama air rebusan secukupnya. Masukkan bahan tumisan tadi dan kacau sebati bersama air rebusan dan masaklah nasi anda seperti biasa. Hehe

OK, itu sahaja kali ni. Resepi ayam masak merah bersantan dengan acar jelatah lain kali. Kalau malas nak tunggu lain kali, jenguk je page Kak Vagg tu. Hehe.



<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...