Sebelum tu tak terlambat lagi nak ucap, Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua !
Raya Haji tahun ni beraya di kampung saya. First time beraya sebagai isteri, ehem.. Dah tentulah kan, kata baru kahwin dua bulan :)
Jumaat lepas, 4 November 2011 birthday En Suami.
Simple aje. Beli kek sepotong dan belanja makan. Ala, bukan budak-budak lagi kan nak buat party bagai semua :p Masa ni adik-adik saya pun ada. Mula-mula ingat nak balik kampung Jumaat tu jugak, tapi dah tak larat. Makanya balik kampung pagi Sabtu aje. Mujurlah kan balik Sabtu, dengar cerita malam Jumaat tu jammed teruk kan kan ? Heheee. Saya balik pagi tu jammed jugak tapi sikit je, masih bergerak. Lagipun duduk sebelah tak terasa sangat :p
On the way balik kampung.
Kejap hujan, kejap panas.
Jammed sikit dekat area terowong Menora tu.
Masuk je Ipoh dah happy sebab dah tak larat duduk dalam kereta lama-lama padahal bukan jauh sangat pun kan KL - Kuala Kangsar.
By the way, sepanjang saya kat rumah banyak projek yang saya dah buat. Dah tentulah semuanya pasal makanan kan :p
Salah satunya, ini..
Kek selapis je sebab ada masalah teknikal. Kisah kek ni kemudian je saya cerita.
OK kena tidur sebab esok nak kerja. Tataaaa !
Eh, sebelum terlupa.. Selamat Harijadi En Suami !! Love you so much, mmuah !