Thursday, November 17, 2011

Petua Nak Hilangkan Whitehead

Hah, hari ni saya nak kongsi petua :p

Saya ni takdelah rajin sangat pergi buat facial. Kalau rajin, sebulan sekali saya pergi. Kalau datang tak rajin tu, 2-3 bulan sekali pun ada. Muka jangan cakaplah, terasa horror aje pegang sana sini terasa ada bonjol-bonjol (whitehead)

Whitehead tu apa ? (Kita terdengar kamu tanyalah Farra :p)

Aler, whitehead tu yang macam rasa bijik-bijik kat muka tu terutama dekat hidung dan dagu. Memang rasa gerammmmm nak picit-picit je.

Saya cuba jugak pakai pore pack tu kan, terasa tak begitu effective. Hari tu saya tweetlah pasal masalah whitehead ni, datang Yot sebagai penyelamat :p Beliau bagi suggestion macam mana nak hilangkan ia.

Nak tau apa solution dia ?

1. Asingkan putih telur dalam mangkuk.
2. Ambil cotton pad, celup dalam putih telur tu dan tempek rata-rata kat muka.
3. Tunggu sampai kering.
4. Cabut cotton pad tersebut.

Haaaa, pasti korang teruja dengan hasil dia. Walaupun masa saya nak letak cotton pad celup telur tu kat muka rasa macam euwww euwwww euwww busukkk bau telur. Tapi tahankan ajelah. Nak buang whitehead ke tidak ?

Tapi memang berkesanlah. Licin terus terasa hidungku. Hihihihi ailikeee. Nak buat lagi pasni.

Ke korang ada cara lain nak buang whitehead ni ? Cer share.



<--- Nang if you LIKE

14 comments:

pRincESs_N said...

mcm menariks je tips ni..nk wat r..nk cantek nyer pasal..busuk pon busuk laa..

Ietams said...

mcm tak mampu je nak buat.. hehehe

sharEna said...

dah lame dah tau petua nie. penah la buat dulu mase zaman bujang. tp org kata x bagos buat sbb bile buat, liang roma akan terbukak & senang dpt jerawat

pastu bile nk buat sekali, kena buat selalu sampai bila2..sbb whitehead akan ada sampai bile2..so better biarkan aje kot..bwahahha =p

Erina Asmawani said...

ena pun pakai petua ni..tapinya bukan pakai cotton pad la..pakai tisu..lagi cepat kering rasanya..mmg berkesan kan yunk

nanonano said...

aku rasa aku mcm xde,
ke aku perasan?
ekekek sbb aku sokmo ushar kt idung org ade mnde2 tu semua
y aku xde.

asna cute said...

Cop! Nak kena tepek kat situ berapa lama? Tunggu kering... Betul2 kering ek?.

asna cute said...

Nak tepek situ agak2 berapa lama ek? 10 minit ada tak?.

Hana Soffelia said...

Pernah cuba tips ni. Memang berkesan tau. Tp if buat selalu, muka akan jadi kering.

dhiera said...

baru tahu~ tapi saya tak da white head. nak try suka2 je la..

wanieybintang said...

bsetuju dgn sharena. da tau lme da tips ni. memula mmg bkesan, ttp lelama liang roma aku terbuka. mcm sy skang. dlu muka licin. skang liang roma nmpak kecil2. gigih sapu mcm2 nak ttp balik.

Mia Amira ♥ said...

na cube. tapi sminggu bape kali . skali atau 2 ?

Farhana Rahim said...

huna tisu pon boleh ke??malas nak pegy kedai beli cotton pad,,,:(

D Hati said...

kalau pakai telur putih je jadi tak? hehehhe

SemuanyaOK ^^ said...

guna telur putih saje dah buat, memang berkesan, tapi pori semkin membesar, kene guna ais atau toner pulak lepas tu,huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...