Monday, October 3, 2011

Wedding Gifts Wishlist

#kelaskaujah siap ada wishlist kan :p

Alkisahnya hari tu colleague saya telefon tanya saya apa lagi barang yang saya tak ada, dia nak belikan. Saya cakap tak payah apa-apa lah.. Buat segan je mintak nak apa kan :p

Tapi kawan paksa jugak cakap, terpaksa la saya cakap apa yang saya nak. Hahaha. Terpaksa kata kau.
Saya cakaplah,

Kalau boleh teringin nak ada oven.. Tapi oven mahal lah. Lagipun mixer tak ada. Takyah la, beli je la apa-apa pun tapi taknak set pinggan mangkuk, tu dah banyak.

OK, letak phone.

Lepas tu cakap dengan En Suami, Eeeeee macam melampau kan cakap nak oven. Karang dia belikan karang, segan. Haha.

Lepas tu sms colleague saya tu,

Kalau nak beli barang eletrik, tolong belikan blender je dah lah. Tak payah susah-susah sangat, segan I tauu.. *srious segan ok.

OK, habis cerita perbualan kitorang.

Kemudian hari tu, ada meeting dekat HQ. Meeting antara directors lah. Saya tak terlibat. Tapi masa break hari tu, diorang duk tarik-tarik saya masuk meeting room sekali. Rupanya diorang nak bagi wedding gifts kat saya la uols. I malu tau, terharu rasa panas pipi ni. Nyaris tak nangis T____T


Tekalah dapat apa ??

Mesti boleh teka punya kan ! Saya dapat semua di atas ok ! Oven, mixer, blender, hair dryer dan tumbler !!!! :')

Tengok tu saya punya nervous dan touched sampai dah tak boleh nak senyum. Hahaha. Untuk diorang, terima kasih buat surprise macam ni. Serious saya terharu tau, terima kasih sangat !

<--- Nang if you LIKE

9 comments:

asna cute said...

wahhh baiknya dorg! =D bleh la dtg serg umah makan kek buatan izza hehe

pRincESs_N said...

mesti tharu gilerr kan...sayang bos kau..hahaha

nyna said...

huiyoooo :D kalau aku nangis dah kat situ haha

sharEna said...

bertuahnya badan pengantin baru nie..

♥z@z@♥ said...

bestnye dpt semua byk..lengkap dah blh buat kek..yeay..

lily lotus said...

seppp bajet :)

dhiera said...

best ye..xpyh susah2 nak beli lagi~ suke2...
nt nak saya kawen bagi oven ye. hahahaha

atty's said...

beshnya semua wishlist termakbul.alhamdulillah

Redbloodsnow said...

kompom itu OVEN bukan. hahahaha. pandainya aku! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...