Friday, October 7, 2011

Sembang-sembang Kosong

Semalam saya banyak blogwalking ke blog masakan. Seronok tengok orang pandai memasak ni. Siap dengan hiasan semua, nak makan pun rasa happy kan. Sambil-sambil tu tengok jugak kot ada resepi yang senang sikit bolehla saya cuba masak untuk En Suami kan. Tidaklah dia boring bini aku ni kalau tak ayam goreng, ayam sup. Kahkahkah. Kesian laki saya.

Kemudian saya jumpa resepi ayam masak nyonya dekat blog masakan Kak Diana. Berkobar-kobar dah semangat ni nak mencuba sebab kebanyakan barang memang dah ada, tinggal nak beli daun purut je lagi. Hujung-hujung saya tukar fikiran sebab itu leceh, kita buat ayam masak kunyit sudehhh :p Sedap ok, tak tipu. Serious nak share gambar supaya korang dapat tengok kesedapan ayam masak kunyit saya, tapi lupa nak bawak kabel ni. Takde rezeki saya nak show off skill masakan saya yang tak seberapa ni. Hahaha.

Semalam kat dapur, ada drama sentap-menyentap dengan En Suami. Saya ni perempuan jenis angin lain macam tahu tak. Angin tu ada je yang tak kena. Semalam entah kenapa memang ada je la yang tak kena. Cerita dia macam ni, saya bagitau suami saya nak masak ayam masak kunyit dengan sup sayur.. Ok tak ?

Dia cakap, Hmm.. Kalau macam tu, biar abang masak telur masak kicap.

Haa kau, terus saya sentap lepas tu. Hahaha. Paham tak kenapa sentap ? Paham tak ? Mesti tak paham kan :p

Sebab saya ni emosi tah hape-hape. Siap cakap, yelah.. Abang tak suka nak makan masakan saya kan. Tak sedap kan. Sebab tu nak masak lauk lain kan ?

Kahkahkah, satu kerja pulak En Suami nak pujuk. Nasiblah saya dapat suami macam ni. Kalau dapat suami yang anginnya lain macam sama macam saya jugak, macam mana ? Ha, ribut taufanla jawabnya kan.

Saya sebenarnya suka suami rajin menolong, rajin masuk dapur. Siapa tak suka kan. Yang saya geram bila saya dah ada aturan macam ni, datang orang nak ubah. Padahal sebenarnya tak ada isu je. Pendek cerita, mungkin saya memang sengaja cari pasal kot tu :p

Saya ni memang seorang perempuan yang susah nak handle. Emosi lain macam, perangai semua lain macam. Hanya lelaki penyabar je yang boleh bertahan. Harap-harap lama kelamaan nanti perangai akan menjadi bertambah baik. Percayalah weh, dua tahun lepas saya adalah lagi psiko dari sekarang. Hahaha.

Moral of the story, appreciate what we have now. And don't take things for granted.

Selamat Hari Jumaat ! Saya nak balik Kuala Kangsar lepas kerja nanti !

:)


<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...