Sekarang memang dah ramai sangat bertukar ke Unifi kan ? Termasuklah yours truly. Haha.
Sebelum ni, masa bujang.. Saya selesa dengan broadband saya tu. Lagipun connection di Cheras OK je. Laju jugak. Tapi bila dah kahwin dan pindah ke Shah Alam, Ya Allah menyirap darah tak boleh nak online langsung ! Mana taknya, dapat connect seminit, putusnya berjam-jam. Selalunya saya fed up dan malas nak layan internet dah. Layan suami lagi bagus. Eh. #PDA
Sampai satu tahap dan dekat 2 minggu pun tak dapat nak online dekat rumah, panas hatilah kan. Kita bayar, tapi servis macam tu pulak. Kasi pancung sama dia, pasang Unifi lagi bagus. Lagipun sana baru je pasang kabel Unifi semua, memang takde masalah.
Kitorang subscribe VIP 5. Yuran bulanan RM 149. Untuk VIP 5 ni, apa yang dapat sila refer gambarajah di bawah ye :p (dah macam jurucakap Unifi pulak. Haha)
Kos pemasangan ? RM 0. FREE :D Ada promotion rasanya time ni. Kalau tak, nak pasang telefon rumah semua tu dalam RM 200++ jugak. Saya sebagai queen of cheapskates mestilah tak lepaskan peluang kalau boleh berjimat ni kan :)
Tadi saya check website Unifi kan, terperasankan annoucement siapa buat online registration.. Dapat free 1 month subscription. So siapa nak pasang Unifi tu, elokla korang pergi sana tengok :p
Sebab dah pasang Unifi, Astro saya relocate ke rumah mak ayah. Channel HyppTV yang kita dapat bila subscribe Unifi tu tak banyak mana pun. Tapi OK lah untuk kitorang yang tak berapa tengok TV ni. Broadband pulak kita kasi terminate. Puas hati :)
Best pakai Unifi, korang pun pakailah jugak !
<--- Nang if you LIKE