Tuesday, October 11, 2011

Ikan Celup Tepung

Semalam saya buat ikan celup tepung dengan kuchai goreng dengan tauhu untuk dinner. Batter untuk ikan celup tepung adalah best gila sebab walaupun dah sejuk, ikan masih rangup. Saya ambil resepi dari blog Kak Dayang. Sebab ianya adalah best, saya nak share jugak kat sini.

Dan maaflah gambar tak ada, tak sempat nak snap :D

Ikan Celup Tepung
Sumber : Kak Dayang

Bahan-bahan

Ikan kembung/mabong (dibersihkan)
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk (dari peti ais)
Garam
1 sb marjerin
Sedikit kunyit

Cara-cara

Blend semua bahan kecuali ikan hingga sebati. Panaskan minyak dan bolehla goreng ikan tersebut :D

Simple gila kan ? Saya suka, En Suami pun suka sedap ratah ikan rangup-rangup ni.

By the way, saya nak bragging ni (siap bagitau). Semalam kan saya pergi beli ikan mabong 4 ekor, 3 ketul tauhu lembut dengan 3 ikat kuchai dekat kedai runcit bawah tu cuma RM 3 harganya !! Mesti saya pandai goda pakcik tu kan ? Hahahaha.

Lepas tu kan, satu kejadian lagi.. Saya termenung di depan petiais kedai tu. Pegang seikat kuchai. Lepas tu pandang para atas, eh itu macam kuchai jugak. Mana satu kuchai ni.. 20 minit okeh saya termenung depan tu duk telek belek segala.

Sedar diri tak berapa nak reti, saya pun bawak kedua-dua ikat daun tu kat adik kedai tu. Saya tanya dia,

Dik, kuchai yang mana satu ye ?

Yang ni kak.. (sambil tunjuk daun kedua yang saya ambil tu)

Abis tu, yang ini apa ? (tunjuk daun yang dari 20 minit yang lepas saya duk pegang di depan petiais tu)

Tu daun bawang kak...

HAHAHAHA. Kesian saya kan.

Btw, nanti cubala goreng ikan guna batter di atas ye. Sumpah saya dah semak betul-betul apa yang saya tulis, takde bahan tertinggal dah macam kek velvet di bawah ni. Haha, mintak mahap lak Kak Emy kek jadi bantat sebab saya terlupa nak masukkan gula masa tulis resepi kat bawah ni. Tu saya dah alter, jangan serik nak cuba lagi ye. Untuk yang lain kot ada yang dah cuba, mintak mahap juga kepada anda.. Saya tak sengaja tulis resepi tertinggal bahan !

<--- Nang if you LIKE

6 comments:

pRincESs_N said...

ikan grg tepung tu klo skali gn ulam2 sume da ley jd nasi kerabu kan...boley try...

owh..aku msk kucai tu ltk jgk daun bawang...kucai potong pjg2..daun bwg potong pendek2...hehehe

nanonano said...

bagus wife iim ni
rajen mencuba sesuatu yg baru
teruskan niat suci anda itu,
24hb ni dinner umah mu ok x?? :p

Reen Tart Nenas said...

hehehe boleh cuba nie ikan celup tepung. selalu sotong celup tepung je. resepi nie plak nak kena blend. herm, kite tgk jadi ke tak. hehehe

*sy penah tersilap beli daun ketumbar. ingatkan daun sup!

sharEna said...

pakcik tu salah kire ko bukan main suke lagi yerp =.=

farrah said...

baiklah akan ku try malam ini! ikan kembung ada 2 ekor lagi dalam fridge!

jia creatifelt said...

saya terletak..majerin manyak..dr tepung...x jadi laa....nnt nk cb ag...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...