Wednesday, October 12, 2011

Sup Ayam

Heeee, nak share resepi lagi. Dah macam blog masakan pulak ye :P Bukan apa, untuk rujukan saya jugak di masa hadapan..

Semalam saya masak sup ayam untuk dinner.


Sup Ayam

Bahan-bahan
Ayam
Bawang putih (hiris halus)
Bawang merah (hiris halus)
Halia (hiris halus)
Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
Ubi
Daun sup

Cara-cara
1. Rebus ayam bersama seinci halia. Boleh masukkan ubi sekali masa ni.
2. Bila ayam dah masak, dalam satu kuali yang lain tumis bawang putih, merah, halia dan juga herba. Kacau sehingga naik bau.
3. Masukkan bahan tumisan ke dalam rebusan ayam tadi. Kacau sehingga sebati. Perasakan dengan garam.
4. Racik daun sup dan masukkan ke dalam periuk tadi. Siap.

Senang kan ? Cara ni orang Perak panggil tumis darat, tahu ?

P/s Hari ni nak cuba buat ikan bakar pulak. Kita tengok jadi ke tidak. Lalala

<--- Nang if you LIKE

4 comments:

pRincESs_N said...

org melaka pon pggil tumis darat...hihihihi

farrah said...

pergh, good job! :)

Stilla Royazrie said...

wah simple je ekkk..boleh lah try pasni..hehheh

Redbloodsnow said...

sub ayam ko soooooooooooooooooo nangis lah yang. aku plg suke sup ayam...gluppp gluppp

rasa nk masak sup ayam je petang karang. HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...