Friday, October 14, 2011

Ayam Kicap Berlada Hitam

Ngahaha, sumpah blog saya dah macam blog masakan. Bezanya ni amatur, bukannya pakar macam orang lain :) Saje kongsi-kongsi, mana tau ada yang senasib dengan saya baru nak berjinak-jinak masuk dapur bolehlah try resepi-resepi simple dekat sini yedak ?

OK, ni menu dinner semalam..


Ayam kicap berlada hitam. Serius sedap gila resepi ni, bagi tekak saya dan suamilah. Sampai suami complaint cakap saya masak nasi tak cukup. Haha padahal sama je, mungkin sebab semalam isteri dia masak TERlebih sedap dari biasa kot :p 

Resepi ni saya ambil dari blog Kak Dayang. Hehe, saya suka betul resepi-resepi dari blog Kak DJ tu, sampai suami pun perasan lalu bertanya, Akak ni mesti idola sayang kan ? Hahaha, malewww I tau !

Kak DJ, thanks share resepi best ni. Saya share pulak kat sini ye :D

Ayam Kicap Lada Hitam
Resepi : Kak DJ

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam (goreng setengah masak) 
1 labu bawang besar (hiris bulat dan goreng)
1 sb lada hitam (kisar)
1 sb cili giling
1 sb kicap pekat
1/2 sb sos tiram
Sedikit kicap manis
Sedikit hirisan daun sup
Gula & garam
Sedikit air asam jawa
Rempah 4 sekawan (Kulit kayu manis, bunga lawang, biji pelaga & bunga cengkih)

Bahan kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Cara-cara
1. Gaul ayam yang dah digoreng dengan kicap pekat dan lada hitam.
2. Tumis rempah 4 sekawan bersama dengan bahan kisar sampai naik bau wangi. Masukkan cili giling.
3. Apabila dah pecah minyak, masukkan sos tiram.
4. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air (bergantung pada tahap kepekatan yang korang nak)
5. Masukkan kicap manis, gula, garam dan air asam jawa.
6. Masukkan daun sup. Kacau sehingga pekat, tutup api. Masukkan bawang goreng tadi dan sedia untuk dihidangkan :D

Saya masak sikit je, takdelah sampai setengah ekor ayam. So pandai-pandailah adjust sendiri resepi ni ye bergantung pada kuantiti kamu masak !

<--- Nang if you LIKE

10 comments:

pRincESs_N said...

sharing is caring...hihihi...bg yg da tau masak..bole laa modify sket2 kasi upgrade masakan tu kan..

nanonano said...

ala2 ayam blacpaper la ni, hehe

atty's said...

anak2 kty..kalo kty masak resepi gini..mmg feveret..
kty pun..kalau masak gini..lupas diet terus..makan nasi 4 kali tmbh..

farrah said...

tgk gambar pun tau sedap :)

♥z@z@♥ said...

esok aku mau try tros yunk..nanti aku tweet ek..hihi..TQ share...

PinQib said...

nnt dok umah sewa... nak try arr masak ni.. seriesss =p.. selamat belated pengantin br..

Hana Soffelia said...

Memang sedap masak ayam kicap blackpepper ni. hana pun suka buat. Simple dan cpt. Mkn pns2, lglh bertambah2 selera. ^_^

asna cute said...

Arrrgghhhh terliurrr

Nava.K said...

Look so tasty and tempting.

Redbloodsnow said...

whoaa! mabeles lah ayam kicap ko yunk. aku nk try nanti :D dillah suka ayam kicap taw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...