Husband semakin bulat nampaknya, tanda isteri pandai memasak #TDDMKA. Haha. Tak ?
Adik yang masih tak percaya kakak dah punya suami. Kahkah geli tangan taip ni. Betul ke ? Sejujurnya saya sendiri pun kadang-kadang rasa tak percaya :P
Ayah yang bermuka garang padahal kelakar gila sebenarnya. First time En Suami jumpa ayah dulu, mesti beliau rasa nervous kan :P Hmmmmm, sebut pasal ni saya tiba-tiba teringat saya belum dapat tengok lagi video ayah akad nikahkan saya.. Dapat tengok gambar je. Macam mana lah keadaannya masa tu ye ? Maklumlah, waktu nikah hari tu saya masih dalam bilik. Tengah berborak-borak dengan adik, tau-tau je dah selesai nikah !
Ada sama tak muka saya dan emak ? Haha, ok tau tau. Takde sama pun. Emak asyik pesan kat saya supaya rajin masak untuk suami, sebab tu lah sekarang saya makin hari makin rajin masak tau. Hehe.
Dah sebulan lebih hidup bersama rupanya. Penat jugak nak sesuaikan diri duduk bersama mula-mula. Biasalah, saya ni angin kan lain macam. Haha. Rutin saya selepas kawen ni biasanya balik kerja tu, sampai rumah dalam 6.30 petang. Biasanya suami yang sampai rumah dulu. Sampai rumah je terus masuk dapur, prepare apa yang patut. Sambil tu jenguk-jenguk bakul dobi. Kalau agak-agak baju dah penuh tu, bolehlah mendobi sambil memasak. Sambil masak, sambil mengemas dapur. Habis masak, boleh jemur baju pulak. Lepas tu nak sapu lantai, mop lantai pulak. Phewwwww~ Saya buat ni je pun rasa penat gila. Kagum dengan tenaga emak yang kuat. Emak saya dah lah kerja, sambil tu ada buat bisnes katering kecil-kecilan jugak. Amik tempahan buat kek semua. Sayalah baking buddy emak. Hehe, sebab emak saya selalu buat kek lah, tumpah ke anaknya yang sorang ni suka buat kek jugak :P
Hmm, waktu kenduri tu kan senang hati saya tengok En Suami pandai sesuaikan diri. Saya pulak tercari-cari beliau kat mana. Rupanya duk bersembang sakan dengan pakcik saya. Lega hati tengok. Yang saya ni pulak, tak berapa pandai nak sesuaikan diri. Haha. Terfikir jugak macam mana kalau nanti kena pergi kenduri belah suami pulak ? Hmm, nak taknak kita kena belajar jugak kan.. Keluarga suami kan keluarga kita jugak :)