Tapi bagi amaran awal siap-siap, semuanya gambar vain aje neh. Gambar dengan En Suami takdak. Kat laptop, tu pun curik-curik dari kamera adik. So jadilah dulu dari tak ada. Dari bertangguh, ujung-ujung hapah pun takde kan.
Nikah selepas Maghrib. Pukul 7 pun tok kadi dah call saya ingatkan nikah pukul 8, pengantin lelaki jangan lambat. Pastikan saksi semua ada bla bla bla. Buat selepas Maghrib sebabnya lepas Isyak dah fully booked. Haha.

Oh, tapi saya kecewa sebab tok kadi tu rushing sangat. Tak sempat nak panggil saya keluar bilik pun. Penat je saya dah prepare mini pelamin semua. Sobs. Tak dapat dengar En Suami lafazkan akad nikah :( Nasib baik ada video. Tunggu video dah siap, merasalah saya tengok suasana masa tu :)

Sedih sikitlah suasana malam tu. Sebab lepas Maghrib, jadi masa nak bersiap lepas sembahyang tu sikit sangat, ayah saya tak sempat nak pakai samping pun :( Memang nampak kelam kabut sikitlah. Dengan saya yang ternanti-nanti bilanya nak keluar neh. Tau-tau je Ngah masuk bilik mata berair bagitau,
Yong.. Awak dah jadi isteri orang pun.
Hahaha. Sumpah saya mengamuk membebel dalam bilik masa neh. Bukan reti nak sebak ke syahdu ke apa, mengamuk lah pasalnya saya nak keluar. Haha. Nak dengar okeh. Takpelah, dah lepas. Janji dah selamat semua kan. Yang penting, kita semua happy :p


Lepas habis majlis nikah kan, saya dan En Suami terus keluar. Keh keh. Bukan pergi datinglah. Nak pergi amik gambar sekeping dua. Kat tempat saya ni, penuh dengan lampu. So ada sekeping dua gambar waktu malam penuh lampu pun dah cukup puas dah hati ni :D
Lepas tu tak sedar diri pulak tu masa keluar tu dompet, handphone ke hapah semua tak bawak. Ada hati pulak tu nak singgah minum kat kedai. Haha nasib baik kedai makan tu tutup. Gigih sangat kan nak keluar minum berbaju pengantin T_____T

Terima kasih sangat untuk semua yang menolong menjayakan majlis perkahwinan kitorang. Mana yang terkurang tu, saya bagi pihak keluarga memohon maaf. Biasalah kenduri pertama kan, adalah terkurang sana sini..
Love,
Izza.
P/s Eh tetibe ujung-ujung jadi macam surat pulak. Hihi layankan ajelah.
