Baru semalam saya sempat beraya dalam erti kata memang betul-betul beraya. Minggu sebelum tu kan ke kahwin. Manalah sempat nak ke mana-mana, raya kedua pun orang dah pasang pelamin semua. Otak pun mana dan nak rileks.. Fikir banyak benda. Syukur semuanya dah selesai :) Eh, belum selesai sepenuhnya. Minggu ni selepas majlis bertandang sebelah lelaki, selesailah, alhamdulillah. Semoga semuanya dipermudahkan.
Hari tu Farihah tweet buat makan-makan di rumah dia. Saya pun naklah pergi beraya :)
First time jumpa Farihah. Such a nice lady. Sebenarnya saya penyegan nak pergi ke tak, nak pergi ke tak.. En Suami pun kata ok je, last-last saya pun beranikan diri ajelah pergi beraya rumah dia :D
The foods were great. Sedap. Ayam masak merah yang pedas tak hingat nasib saya ni orang Perak reti makan pedas :p Cheesecake yang yummeyh, apa lagi ye. Oh, dan ada satu kuih tu.. Sedapppppp, saya tak tahu apa namanya. Pendek kata, everything was good :D Tak terasa baru jumpa pun, sebab kitorang pun rajin bertweet. Semua makanan hari tu dimasak sendiri ok, rasa kagum :D Untung Incikkaseh oit ! Haha.
This is Farihah's little brother. Tengok muka dipaksa ke apa tu bergambar dengan kakak. Handsome betul budaknya. Hihi. Dan lasak. Jangan main-main oh, silap gaya boleh kena smackdown dengan Dedek ni :p
Thanks babe atas layanan mesra anda membuatkan saya dan En Suami selesa di sana. Hihi.
<--- Nang if you LIKE