Sedara-mara yang datang tolong di rumah semua sibuk tanya, pengantin tak berinai ke ???
Ye, makcik.. Saya nak pergi pakai inailah ni :P
Of course I had my henna session with the girls, beloved girlfriends !
Gadis-gadisku nak jugak henna tu. Tapi saya dah paksa mereka pakai yang simple-simple je, tak boleh lebih-lebih. Nanti overshadow saya. Kahkah.
Hahaha #kelaskaujah letak muka sebesar-besar alam tanpa make up. Bagus, confident tu yang kita mahu. Hahaha.
Saya rindu mereka. Dah kahwin ni kan, susah sikit nak catch up things. Harap mereka faham and pleaseeeeeeee don't leave me behind :P
Inai di kaki dan tangan cuma RM 40.
Tapi inai ni memang cepat pudar pun. 4-5 hari je dah pudar. Masa majlis di Seri Kembangan, kena pakai inai baru.
Tak payah ukir-ukir bagai. Kita pakai cara lama je. Sukaaaaa sangat-sangat pakai inai macam ni. Dekat kaki tu pulak buat keliling kaki tu, dekat tumit tu. Tahu kan ? Terasa ayu gitu, dah la pakai baju kebaya songket kan. Hahaha.
Emak yang pakaikan saya inai tau masa ni. Ada satu perasaan yang tak tahu nak cakap macam mana bila emak pakaikan inai untuk saya. I love you emak !