Thursday, August 11, 2011

Ramadhan 2011 - Day 11


Hmmmmm, bulan puasa ni cepat penat lah kan. Saya kan selepas berbuka je, golek-golek kejap je dah hanyut. Lepas tu kena bebel dengan ayah sebab tak pergi terawikh. Hehe.

Hari ni gerak dari ofis pun dah lambat, pukul 6 baru keluar. Lepas tu singgah kedai sekejap nak cari maggi ayam, pasalnya teringin sangat :D

Sedia untuk memasak :D Lesung tu hiasan je kat situ, takde kena mengena dengan masak maggi eh. Jangan terpedaya.

Jadinya, inilah menu berbuka saya hari ni. Semangkuk maggi ayam special dengan yogurt bliss limau nipis dan timun.

Tumis bawang, masuk air, masukkan ayam + fishball, masukkan maggi dan pecahkan telur. Hidang panas-panas makan dengan sambal kicap. Walllahhhhh !!

Sebab hari ni saya sorang, maka bolehla berbuka macam ni. Selalu Kakngah ada kat rumah saya, hari ni sorang-sorang boring pulak. Hehe. Takpe, esok nak balik kampung. Yeay

:D

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...