Monday, August 1, 2011

Kelam Kabut

Hi ;)

Dah masuk bulan baru kan. Dengan masuknya ke bulan baru ni, dag dig dug makin bertambah lah. Tak mainlah kira lagi berapa bulan nak kahwin, sekarang kita kira pakai minggu der :p

Hujung minggu saya adalah sangat seronok dan fun. I have the girls with me over the weekend. Tak pergi ke mana-mana pun. Lepak di rumah je, makan-makan meraikan persahabatan yang ke 10 tahun. Gosip sampai ke pagi. Tidur sampai ke tengah hari. Haha. Dan, barang saya masih belum unpacking lagi T___T Oh, tak tak. Saya berjaya kemas satu beg baju semalam. Hari ni nak sambung kemas lagi :)

Sebut pasal baju unpacking ni ha, gara-gara almari masih belum bersusun, baju-baju saya semua masih dalam beg.. Dan hari ni saya mengalami masalah bad tudung day !! Not only tudung, rasanya bad attire day !!

Semalam saya dah niat (siap niat tu) nak pakai chiffon dress pergi kerja hari ni. Dah siap pakai semua, muka pun dah make up ni.. Kemudian saya baru teringat saya tak ada panty-coat. Sebab chiffon ni lining sampai ke lutut je. Takpelah, saya rasa boleh pakai dengan legging kot ni. Dah pakai semua, saya tengok cermin saya rasa tak kena je ni. Inappropriate sangat pakai chiffon dress dengan legging. Tak kena, tak kena !!

Dah 7.15 ok waktu ni. Saya panik sikit. Punggah-punggah beg baju, cuba cari baju yang tak payah iron which is adalah sangat payah sebab lipat dalam beg kan, sudahnya saya grab je satu seluar slack ni. Baju pun main suai padan je lah. Hentam je lah labu. Memang cincai lah bersiap.

Lepas tu kelam kabut turun ke parking. Lif rosak ye, saya duduk tingkat 5. Tapi setakat turun naik tangga 5 tingkat, ada apahal kan. Dah sampai bawah, saya baru sedar saya tertinggal spek !!! Hati berbelah bagi ni ha, nak naik amik ke.. Ataupun nak gamble je driving ni ha. Tak boleh jadi, mata saya tak nampak sangat.. Kabur je rasa. OK, MARI KITA PANJAT SEMULA TANGGA 5 TINGKAT UNTUK AMBIL SPEK MATA YE T_________________T

Dan, worst. Slack saya adalah longgar and I couldn't find where is my belt this morning. Dan lunch hour ini saya adalah sangat perlu nak pergi beli belt ! Fuh, satu pagi yang sangat kelam kabut and full of craps ok.

Btw, Happy Ramadhan semua !!

;)


<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...