Takpelah, saya nak cerita kisah sadis saya di hari pertama puasa ni. Dahla pagi kelam kabut, bersambung pulak drama di sebelah petangnya. Tsk
Macam ni cerita dia, saya balik dari ofis tadi terus pergi pusing-pusing dekat area rumah ni. Mencari bazaar Ramadhan, maklumlah orang bujang. Tak rajinlah nak masak. Lagipun duduk sorang je. Pusing punya pusing, OK jumpa bazaar. Parking kereta cantik-cantik. Turun pergi pusing-pusing booth dekat situ, almost semuanya tengah bungkus bekas masing-masing ok. Lauk semua dah habis. Yang tinggal hanyalah kenangan. Eh. Yang tinggal cuma benda-benda macam air, burger dan satay. Hmmm, tak minat.
Lalu balik rumah terus. Teringat leftover dinner semalam ada lagi pizza 2 slices :D Jadilah ok. Lagipun malam sikit En Tunang nak datang pasangkan tong gas :D Selama ni dapur gasnya ada, tong gasnya takde. So, tadi En Tunang dah jadi hero saya. Datang dengan mama dan Aimy, nehi nehi ok datang sorang-sorang.. Bagitau awal supaya tak menimbulkan fitnah :)

Dan oh, saya adalah sangat mengantuk sekarang. Tak cukup tidur malam tadi.

Sementara mereka berdua sambung main siapa yang menang, saya dah tertidur. Hihi. Nice having them here. Tapi sekarang adalah sunyi kerana home alone :(
Ok, jom tidur. Esok nak bangun sahur kan ?
