Sunday, June 19, 2011

Untuk Ayah

Ayah,

Semalam kak dah telefon ayah wish Selamat Hari Bapa, ayah kata tak aci wish awal-awal. Hehe. Jadi pagi tadi kak telefon lagi sekali nak wish, emak kata ayah tengah tidur pulak. Takpelah, petang sikitlah baru kak telefon semula. Pastu Nina msg, "Jangan lupa call ayah. Ayah kata takde sapa lagi call ayah wish." Ayokkkk, gedik tau merajuk lepas tu mengadu dengan Nina. Hehee. Terus telefon ayah tadi wish :)

Ayah,

Muka ayah kan garang owh. Tapi dalam hati ada taman kan. Hehe. Ayah lembut sebenarnya. Dan kuat bergurau. Dan suka menyakat. Suka main cuit-cuit telinga masa tengah tengok TV tau. Lepas tu taknak mengaku, tuduh orang lain yang cuit pulak. Comel tau. Lepas tu ayah paling suka menyakat emak bila emak suruh beli barang dapur. Suka sorok barang tu bila sampai rumah lepas tu bagitau emak lupa lah nak beli tadi. Comel sangat tengok emak dan ayah :)

Ayah penyayang orangnya. Penyayang sangat sampai kitorang suka bengang sebab ayah suka lebihkan adik walaupun adik tu gedik mengada-ngada suka merengek-rengek (hehe, adik baca ni. Jangan marah dik, kenyataan :p). Ayah pun jenis tak suka fikir berlebihan, jenis simple aje. Tak suka benda yang kusutkan fikiran ni. Ayah pun sangat protective orangnya. Ada satu kes yang saya ingat sampai sekarang tapi taknak share di sini lah.

Ayah,

Teringat zaman sekolah, kak rasa kita tak berapa rapat. Jarang sangat bercakap. Tak ingat sejak bila kita mula rapat balik, bergurau senda semua. Mungkin sejak dah besar dan boleh berfikir apa yang emak ayah tak bagi buat dulu semuanya ada sebab. Masa zaman remaja biasalah suka memberontak kan :')

Ayah,

Dulu kan malu dan segan nak peluk dan cium ayah. Tapi ingat lagi raya beberapa tahun dulu, Kakngah yang mulakan cium pipi ayah dulu masa salam raya. Terus adik beradik yang lain jadi tak segan dah nak cium juga :') Hihi. Sayang sangat tapi malu dan segan nak tunjuk. Kenapa entah.

Ayah,

Bila sekarang ayah mintak tolong sapu minyak dan urutkan kaki, mesti kak rasa sedih. Sebak. Tengok ayah semakin berusia buat hati kak sedih. Selalu sambil sapu minyak akan cakap, "Alaaaa ayah janganlah tua lagi. Janganlah" Ayah biasanya akan cakap, "Biasalah tu dah 51 tu tua la tu" sambil senyum.. :( Kak nak ayah sihat dan cergas macam 10 tahun dulu :(

Ayah nak tau tak, masa kecik-kecik dulu kan bila kita balik dari kampung ke rumah kita.. Kak suka buat-buat tidur bila dah dekat nak sampai rumah supaya nanti ayah boleh dukung bawak masuk rumah. Hehehee. Suka sangat bila ayah dukung :p Lepas tu ayah selalu tolong potongkan kuku tangan dan kaki.. Kalau ayah minum teh panas pulak, ayah selalu tolong tuangkan dalam piring supaya cepat sejuk lepas tu kak boleh minum dari piring tu pulak. Kalau boleh, rasa taknak besar. Nak kecik je dan bergantung dengan ayah selamanya :(

Ayah,

Selamat Hari Bapa, terima kasih untuk segalanya. Walaupun ayah kadang-kadang malas nak layan kak bercerita :p, tapi tau ayah sayang sangat dekat kak kan. Hehe, anak kan. Mana boleh tak sayang. Sayang ayah selamanya !! Semoga ayah dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan, amin.

<--- Nang if you LIKE

6 comments:

nyna said...

haa tau pun ayah merajuk pasai pa ayat sedih ni jadi nk ngs aku tssk

pRincESs_N said...

so suwittt anak ayah ni...

nanonano said...

alaaa sejak bile mu pndai buat entry sebak neh..
tsk tsk :(

Zumie said...

sedihnya bace :(

ken said...

sweet message :)

Redbloodsnow said...

jeles plak aku tgk ko peluk ayah ko yang. aku lak...peluk byg² je :( tetiba sebak ler plak :(


aku anak yg plg close dgn arwah ayah aku yunk :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...