Saturday, June 18, 2011

Resepi

Lamanya tak tempek resepi di sini :D

Memandangkan saya sangat jarang dah masuk dapur memasak sekarang ni, adalah dekat 3-4 bulan tak masuk dapur memasak. Ke lebih ? Sebenarnya kan, tiba-tiba terdatang roh tukang masak ni.. Sebabnya semalam saya ralit tengok blog masakan :D Dan sudah terliur dengan bubur nasi halia dekat blog Izahdaut.

Jadinya, balik kerja pun terus singgah Carrefour beli apa yang patut :)

Dan dapatlah dinner ini semalam

Bubur nasi halia
Resepi asal : Izahdaut

1/2 cawan beras
air secukupnya untuk menjadi bubur
1/2 sudu kecil halba
1/2 inci halia
sedikit ayam/udang/bebola ayam *saya letak udang
1 sudu kecil serbuk pati ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
bawang goreng

cara:

Basuh beras dan masak hingga mendidih.
Masukkan halia, halba, serbuk ayam .
Masukkan ayam atau bebola ayam.
Kemudian perasakan dengan garam dan lada hitam.
Hidangkan dengan lauk kegemaran.

Lauk in the making ;

Tofu telur goreng. Oh, semalam baru tau cara nak goreng tofu lembut ni supaya dia tak pecah dan elok jee. Golekkan dengan tepung jagung dulu baru goreng.

Nak goreng dengan carrot dan cendawan ;)

Tofu bersos tiram dengan cendawan. Kuah terlikat sebab saya terlebih bancuh tepung jagung, ahaks. Ini nak resepi ke? Kalau ada yang tanya, nanti saya share.

<--- Nang if you LIKE

4 comments:

nanonano said...

owhh bubur gni ke,
mcm bubur lambuk ek..
aku bayangkan bubur yg berkuah sup tu..hehe

Priya said...

Nak resepi tofu tue sis ;)

pRincESs_N said...

ley amik resipi cz laki aku suke bubur...aku x suke..& x reti wat sgt...

Redbloodsnow said...

eeeeee nangis giler aku tgk yunk. msk kan utk aku gak nnti ek ek..hehe. bertuah iim dpt bakal bini yg terer bab masak...hehehe

serba serbi ko tau ek. kalau aku, kecundang kek n sekaum kerabat je kek biskut aku kecundag..HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...