Thursday, June 16, 2011

Orientasi

Sapa dengar HotFM pagi tadi? Eh, Usop Wilcha tu dah jadi DJ ke pulak kat HotFM ye? Sebab dengarnya tadi macam hari ni first day si Usop tu masuk konti. Jadinya, topik HotChat pagi tadi adalah orientasi.

Terus saya rasa nak share cerita orientasi saya dulu :D

Dulu masa Form 1, saya sekolah dekat Sek Raja Perempuan Ta'ayah, Ipoh. Dari Form 1 sampai Form 4. Sekolah agama under kerajaan negeri Perak. Sekolah perempuan sahaja. Hmm, saya dah tak berapa ingat orientasi minggu pertama Form 1 tu. Yang saya ingat, sewaktu nak pindah bilik dari bangunan Form 1 ke bangunan senior.

Dulu kitorang satu blok tu, memang Form 1 je yang duduk. Dijaga oleh kakak senior, Kakak STAM (Sijil Tinggi Agama Msia). Kira satu blok tu ada 4 dorm. Satu dorm tu adalah dalam 10 org kakak STAM. Lepas tu, masa Form 2 kena pindah masuk blok senior. Dia akan buat pembahagian bilik tu lah. Lebih kurang satu dorm, 8 orang budak baru akan masuk.

Dan..

Masa nak masuk bilik kakak ni lah, yang kena ragingnya. Saya tak tau lah nak panggil itu orientasi ke apa. Tapi kena buli okeh. Keji tau mereka ni. Antara yang saya ingat, kena panggil pergi bilik baru kita masa hujung sem tu, lepas tu kena cuci bilik diorang. Mop, sapu, kemas kasut semua. Lepas tu kena duduk kat depan diorang. Duduk jarak-jarak tu. Rujuk gambar lah.Yang pink tu lah kitorang bebudak baru dalam bilik tu. Mengadap kakak-kakak senior yang ada dalam dorm tu. Dari Form 3 ke Form 5, semua ada.

Lepas tu, kena soal siasat lah. Pastu suruh buat persembahan lah. Menyanyilah, berlakon lah, nyanyi lagu Negaraku versi O lah. Ee, keji okeh bila teringat. Lepas tu ada lagi, kena ambil tandatangan setiap sorang kakak yang ada dalam bilik tu. Kenal pun tidak lagi kan masa tu. Jenuh pulak nak kaji akak mana bilik aku ni. Pastu nak amik sign tu pun satu hal jugak, masing-masing mengelat taknak bagi, ataupun kena buat something dulu baru boleh. Tiup lampu sampai padam antara salah satunya ok. Keji. Oh, I do hate them. Haha. Ini bukan mengeratkan ukhwah ke apa, tapi lebih kepada buat junior menyampah pada senior.

Oh, dan paling menyeksakan jiwa adalah sepanjang seminggu kitorang kena berkerah ke bilik kakak senior dan sesi amik sign tu, kena bawak barang amanah. Kalau senang jaga tak apa, ini belon berisi air. Jangan pecahkan, jangan tinggal kat mana-mana. Sumpah masa tu tension gila. Last day sebelum cuti sekolah, kitorang pakat ramai-ramai pecahkan kat longkang. Legaaaaaaaaaaaa rasa.

Ok, kali ni saya cerita ni dulu. Nanti saya sambung cerita sekolah lagi tau :D

P.s Yang tak tahan, kakak-kakak senior yang dulu membuli kita ni ada hati nak add dekat FB. Like helooo, I never want you to be in my friends list. Sorry.

<--- Nang if you LIKE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...