Wednesday, June 8, 2011

Garang Kewww

Saya rasa diri ni seorang yang garang. Sombong. Tak mesra alam. Sangat tipis tahap kesabarannya. Dan lain-lain banyak lagi lah perangai-perangai yang boleh dikatakan buruk. Haha, ada orang nak mengaku macam ni tak?

Saya ni memang susah sikit nak berkawan dengan orang. Suka menyendiri. Malas nak campur orang. Tak amik tahu hal orang. Malas nak amik kisah hal orang lain. Pendek kata memang suka buat hal sendiri aje lah.

Tapi, tak bermakna saya ni tak ada kawan langsung. Eh, saya kawan jugak dengan orang tau. Bukanlah asyik nak menyombong. Saya tau jugak kalau pergi tempat baru, saya tau macam mana nak berkawan dengan orang. Saya reti nak berkomunikasi dengan orang.

Eh pening lah baca balik perenggan-perenggan kat atas ni. Ahaha. Tah apa je lah aku nak sampaikan kat sini sebenarnya. Mungkin nak cakap mula-mula nampak macam sombong dan garang, tapi tak kenal maka tak chentaa kan :p (kot)

Dan sebenarnya saya ni kan memang garang orangnya. Dengan adik, dengan boyfriend.. Memang singa betina :P

Tapi bila orang cari pasal dengan saya, sangat jarang saya nak marah. Haih. Lebih suka diam je sebabnya bukan takut. Tapi lebih pada malas nak layan atau nak memanjangkan cerita. Paling-paling pun cerita berapi-api kat En Tunang. Haha, pengecutkah?

Sampai En Tunang cakap pada saya,

Sayang ni macam gangster lah. Cuba cakap dengan Abg ni lembut-lembut sikit. Ni tak, macam gangster Kg Dusun

Kah kahhhh, saya rasa beliau adalah seorang lelaki yang sangat kelakar dan menghiburkan. Hehe. Dan mesti sangat seronok untuk menghabiskan usia bersama. Ececececeyyyy :p #tetibe

P.s Saya ni baik hati sebenarnya tau. Mehlah kawan dengan saya :)

<--- Nang if you LIKE

1 comment:

MieZa said...

hahahaha kelakar ok...
lembut sikit izza...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...