Monday, May 23, 2011

Snickers Cheesecake

*Gambar sekadar hiasan, ni lama punya cheesecake aku buat ni. Yang semalam tak snap pulak.

Balik rumah hari tu, adik ajak buat Oreo Cheesecake. Tapi saya rasa nak try cheesecake yang lain, godek-godek terjumpa resepi HotMama ni. Biasalah sekarang kan semua di hujung jari je :P

Resepi copy and paste dari blog HotMama tapi saya ada ubah sikit-sikit. Ikut keperluan :D

Base / Dasar Biskut
150gm biskut Oreo (buang krim) *saya tak buang krim pun, campak je semua sekali dalam blender :D
30gm mentega di cairkan

Bahan Kek Keju
300gm krim keju - suhu bilik *saya guna 250 gm je
60gm gula caster
1 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar jus oren / lemon
100ml UHT whipping cream
100gm coklat snickers di cincang kasar

Topping Chocolate Ganache
100gm coklat masakan di cincang kasar
50ml UHT whipping cream

Hiasan : Coklat snickers, kekacang atau parutan coklat putih

Loyang : Loose Base Tin 7"

Cara-cara :
1. Kisar biskut oreo hingga halus, masukkan mentega cair gaul rata hingga boleh di kepal. Masukkan ke dalam loyang loose base tin, ratakan dan tekan hingga padat.
Bakar selama 10 minit pada suhu 160C.
Biarkan sejuk dahulu.

2. Pukul krim keju dan gula hingga licin dan tidak berketul. Masukkan telur, jus oren/lemon dan whipping cream, pukul hingga sebati. Scrapkan tepi pengisar dan pukul sebentar hingga bergaul rata dan tidak berketul.

3. Masukkan coklat snickers yang di dadu, kaup balikkan hingga rata. Kemudian tuang ke atas dasar biskut oreo.

4. Bakar secara bain marie pada suhu 160C selama 40 - 50 minit atau hingga permukaannya kekuningan.

5. Tutup api ketuhar, Rengangkan sedikit pintu ketuhar dan biarkan kek di dalamnya hingga sejuk.

6. Keluarkan kek dan simpan di dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman.

7. Topping : Panaskan whipping cream secara bain marie, masukkan coklat masakan yang di cincang, kacau hingga coklat larut. Angkat dan biarkan suam.

8. Tuang topping coklat ganache ke atas permukaan kek, tabur dengan coklat snickers yang di dadu, kekacang atau parutan coklat putih jika suka

Untuk topping tu, saya tak ikut resepi di atas, saya guna resepi emak saya sendiri. Guna buttercup, serbuk koko dan susu pekat. Sedap gilak okey ;)

P.s Yang sebenarnya saya tolong guide je. Adik saya yang tukang membuat ni, saya tukang mengarah je :P Asyik menjerit je saya kat dapur sebab dia asyik buat silap. Haha. Tapi syabas okeh kerana hasilnya marvellous, terus habis semalam. Tak sempat nak simpan pun.
<--- Nang if you LIKE

9 comments:

nanonano said...

aku tringin lame dohhhhh nk mkn kek ni
nk buat pun yer
tp bile tgk bahan2 mcm byk je,
xde nafsu la nk buat, haha
tggu mu buatkan tuk aku, boley? :)

nyna said...

mmg sedap pun cayalah chef mirah :D

lilRed Farah said...

kene terai nih. mcm best je :)

atty's said...

kty ni dah brp kali jumpa hotmama..tp tak lagi order2 keknya..tingin gak..

Papa ♥ Mummy said...

huh..teliur mak..tgk cm mudah tp nk bwat azabnye...almaklumlah makcik nie brat tulang, bkn ape..xsab0.. xdan nk masak2 nie..tp klo org t u sudi bwat kan...mak okey ajer.....hahaha

Ietams said...

bestnye..
nanti nak try resepi ni la..
nampak mcm senang. tak leceh.

pRincESs_N said...

ade lg x...?? nak!! teringin nk wat...tp bahan2 die cm x gheti jekk..

Nem0 o0h Nem0 said...

babe,aku nak gak.. ko buat la,pastu bg kat aku..aku nak buat sendiri malasss sgt..haha

Erina Asmawani said...

nak try la nanti..nyum2..thanks yunk ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...