Saturday, May 28, 2011

Pengalaman Interview

Hi.

Baru nak masuk cerita pergi interview. Actually saya bukan nak cerita apa pun, cuma nak kongsi pengalaman je kan. Manalah tau ada orang nak pergi interview kat situ jugak lalu dia google "tips interview di SIRIM" keeee.. (macam cakap pasal diri sendiri je. ahahaha)

Interview saya pukul 12.20 tengah hari, dah dekat benar waktu lunch kan. Tapi dia suruh datang pukul 11. Sebab sementara tunggu turn interview tu, kena jawab essay test dulu. Soalannya simple je, tapi sebab dah lama tak jawab soalan mencabar ni.. Terus jadi blur nak tulis apa. Nak start dari mana semua. Lalu msg Ayein tanya dia ada idea tak. Haha. Main ngelat kan, alaaa.. Bukan strict pun test beriyer ada meja segala bagai tu. Santai je ;)

Lepas tu, masa interview tu.. Dia just sembang je. Tanya background semua. Nah, saya selalu failed bab ni. Bila orang suruh cerita background, saya akan cerita lah study mana, duduk mana, asal mana, family background, kerja blah blah blah.. Lepas tu saya stop. Lalu bilik tu senyap. Saya macam blur, nak suruh sambung cerita lagi ke ni saya dah takde benda nak cerita dah. Hahah. Kalau dia yang tanya, itu lagi senang kan. Dari dia bagi arahan umum, ceritakan tentang diri awak.

Tapi basically panel dia memang baik je. Dan sinis juga ye. Tapi memang takdelah dia soal pasal company pun. Yang saya pergi hari tu, 1st stage interview. Kalau lulus, dia akan call untuk 2nd interview pula.

Hmm, kenapa saya nak cari kerja baru? Alasannya senang je, saya nak cari kerja kat Shah Alam sebenarnya ;)

Habis interview dalam pukul 1 lebih macam tu. Spa appointment pukul 4, maka melepak di McD sorang-sorang mengira masa. Hehe.

<--- Nang if you LIKE

5 comments:

chik star said...

oo ! patotla nak cari kerja dekat dgn im meh ??

spa !??
omg !
bestnye !!

nanonano said...

waaaaaaa ayam spicy!!
lame dah xmkn..asek2 kfc jekk..
mekdi punye pedas sgt..
takot merah padam lak muke mika tu kan :p

Nem0 o0h Nem0 said...

intvw dlm bm ke? best kan klo intw yg panel tu tnya,dia gak yg jawab.aku selalu g intvw kena cmtu je..haha tp klo suh cite psl hal sndr,aku pun blur je..

Redbloodsnow said...

alahaii..ketinggalan keretapi dh aku ttg perkembangan hidup ko yang. haa..aku tau nape nk dekat dgn shah alam. leh berdekatan dgn iim pas kawen nnti kan kan :D

sweethOneY said...

Kak As - Hehehe aah nak duk dekat ngan Iim :) Tu la kak, dah mula setat bersepa nii :P

Nano - aku pun dah lama tak makan McD tu la baru pegi balik tu.. Sebabkan borin tgu. Tapi Mika mmg takbley tahan wehhh klo mu sumbat ayam spicy tuuu :P

Nemo - Haah, interview dalam BM :)

Zie - Tu la yang, sesama busy kot. Tskk :( Haah aku nak cari keja kat Shah Alam sebab Iim pun keja sana :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...