Hi.
Eee, tahu tak terujanya saya nak buat review tentang spa ni. Sebab pada pendapat saya, best sangat. Tak sabar nak kongsi dengan korang ;)
Hari ni kan, saya cuti. Saya ada interview. Pengalaman interview tu, nanti kemudian saya ceritakan. Sekarang ni, kita dulukan apa yang penting dulu ok :P Hahah.
(Haah, yelah tu teruja. Malam tadi tulis takat atas ni je. Pagi ni baru sambung selebihnya :P)
So, petang semalam pukul 4 saya ada spa and facial appointment dekat Amarylizz Spa, Kota Damansara. Terpusing-pusing saya cari spa centre tu. Terima kasih pada GPS kerana dan dan tu jugakkk ko memilih nak jadi gilaa.. Nasib baik jumpa jugak.
Masuk je, disambut dengan senyuman. Mesra gila okay pekerja dia. Terasa dialu-alukan sangat. Hihihi.
Duduk sini kejap isi borang. Sambil minum ginger tea yang sedap. Nyums.
Lepas bilik kita dah ready, dia panggil masuk lah. Semalam saya buat massage dulu baru facial.
Rendam kaki dalam air bunga. Sambil org urutkan gosok-gosok kaki. Bestt wa cakap lu.
Lepas tu, massage selama sejam. Ada buat macam bertungku tu jugak. Lepas tu buat ear candling sekali. Alamak, yang selepas ni saya takde amik gambar la pulak. Sebab sedap tidur. Haha :P
Btw, untuk semua treatment semalam.. Body massage sejam + herbal ball massage (tungku) + ear candling + foot spa + signature facial lebih kurang sejam setengah hanyalah RM 48. Sila percaya.
Tu lah hari tu kan dah suruh beli voucher kat MilkADeal ni jugak tapi degil takmau :P Kan dah tak dapat pergi spa murah. Kih kih
Di samping tu, dapat jugak RM30 cash voucher dan membership selama setahun. Memang sesuai sangat deal ni untuk cheapskate selera besar macam saya ni. Ahaks.
Actually ni bukan kali pertama saya beli spa deal, ni kali ketiga. Tapi yang dua spa saya pergi sebelum ni tak best, tak rasa nak review :P
So, kesimpulanya saya memang sangat suka dengan Amarylizz Beauty ni. Definitely akan pergi lagi, lagipun hari tu saya beli 3 voucher terus. So, paling tidak akan ada lagi 2 appointments. Hihi. Sukaaaaaaaaa~