Yeah, entry yang ditunggu-tunggu oleh kakak kesayangan kitewwwww ni :P
Entry makan di Bagan Lalang !!
Oh, entry bawah ni.. Dapat agak tak dekat mana ?? Ye, rujuk ayat sebelum ni.. Di Bagan Lalang. Orang lain dah pergi lama, aku ni kena merengek-rengek dulu baru dapat pergi. Ahaha. Siap efek hentak kaki lagi. Kesian tak? Tapi takyah nak kesian sangat, sebab dah dapat pergi dah hari tu :D
Nasib baik kakak kite ni suka pergi sana, so tanya dia je macam mana nak pergi sana dan kedai mana yang best. Kitorang pergi kedai 1st tepi padang tu. Memang ramai gilak orang. Takde tempat ok. Melilau mencari sekali waiter tu kata amik order dulu, nanti dia carikan tempat.
Ni aku cerita untuk orang yang macam aku, yang baru pertama kali ke sana.. Yang dah expert tak payah masuk campur. Ahahaa, garang siot :P
Kat situ dia bukak satu wet section.. Pilih lah barang basah apa ko nak. Ikan apa ko nak, sotong ketam lala kepah kerang dan sebagainya. Lepas dah pilih tu, bagitau lah dia ini nak masak apa, itu nak apa.. Kitorang pilih ikan cencaru, sotong dengan siakap hari tu.
Cencaru sumbat bakar sampai dulu. Kuah dia best.
Satu je kurangnya sini, lama gilak tunggu baru makanan sampai.
Muka orang lapar tunggu makanan lama sangat :P
Kalau ko order bakar-bakar je, Insya Allah lah cepat sampainya. Kalau order macam kitorang ni, bermacam-macam.. Ya ampun, dekat 45 minit okay tunggu. Muka masing-masing dah macam apa. Haha. Makanan sampai jer, macam piranha. Terkam, nak amik gambar pun lupa :P Jadi hasilnya, gambar yang diambil selepas diterkam piranha adalah tak berapa nak cantik.
Siakap stim.
Sotong goreng tepung yang sedap gilak. Suka berganda.
Pastu kan korang, makan ni risau jugak. Cemane kalau mahal gila karang. Yelah, kata sotong besar gila amik. Ikan pun besar gila. Kalau makan kat Sekinchan ni, mau cecah ratus kan. Sekali masa brader tu bagi bil, RM50 je. Aku pandang En Tunang, En Tunang pandang aku.. Serentak cakap, murahnya.. Biar betul !
Jadi lepas ni, memang boleh pergi lagi layan seafood kat Bagan Lalang :D