Wednesday, May 4, 2011

Ini Cara Orang Malas Update Blog

Hi, salam ;)

Takde idea pulak nak menulis kat sini. Nak kata busy, tak jugak. Senang kata, malas lah :P Kat ofis malas, kat rumah malas. Apa yang dia ni rajin pun entahlah :P

Okay, quick update tentang persiapan majlis saya..

1. Baju sanding

Hari tu dah bincang dengan Edi, dah try test semua tapi belum fitting lagi. Kaler merah hitam. Yang ni takde masalah rasanya.

2. Baju nikah

Ini bikin gua risau. Ayein cakap akak tu tak start jahit baju aku lagi. Err, mungkin akak tu tau kot dia buat apa.. Tapi sekarang dah bulan 5 kak. Risau saya dibuatnya. Kena follow up selalu dengan Kak Sal ni.

3. Pelamin

Hari tu dah ukur tapak, dah lakar semua. Dah dapat gambaran kasar macam mana Edi nak design. Aku ikutkan aje. Mana yang dia rasa ok, baik. I follow je. Jangan serabut sangat sudah. Pelamin kaler pastel dan merah.

4. Photographer

Pun dah setel. Kitorang amik pakej nikah, sanding dan bertandang sekali. Harapnya okay, hari tu tengok sample album pun, hati rasa senang jugak :)

5. Bilik tidur

Eh, ni paling penting ni :P Kih kih. Perabut bilik tidur dah beli, tinggal nak pergi tempah satu cermin besar nak tampal kat dinding je. Eh, cadar pun tak beli lagi. Nanti esok-esoklah pergi beli.

6. Kad kahwin

Haha, baru nak tempah kad kahwin ok. Lepas tu elok aku tertinggal pulak sample kad kat rumah. Dah kena lakar peta sendiri. Ingatkan nak cilok je peta jiran tu lepas tu adjust sikit.

7. Dokumen

Hmm, ini kena tanya cik abang aku. Apa lah progress dia ye. Tapi susah jugak, belum boleh buat lagi permohonan berkahwin tu sebab cuma sah pakai 3 bulan je. Bulan 6 nanti baru boleh buat kot. Tapi HIV test dah boleh buat, sebab sah pakai 6 bulan. So, saya sudah set appointment untuk HIV test 12hb ni :)

8. Katering + Kanopi

Masak secara bergotong royong. Kanopi pulak sewa 7 khemah kalau tak silap. Pasal penanggah ni, tengah berfikir-fikir.. Nak buat rozek ke atau T-shirt? Just untuk tetamu kenal dorang yang mana. Any idea?

9. Bunga pahar

Baru je confirmkan order, tak sabar nak tunggu hasilnya. Hehe.

10. Bunga telur/souvenirs/doorgifts

Nak kena pergi Nilai 3 ni. Belum pernah pegi sana lagi shopping tau!

Okay, itu je yang teringat nak update. Sekarang sedang merencana cuti, macam mana aku nak plan cuti supaya cuti ngam-ngam tanpa perlu amik unpaid leave. Tapi kalau dah terpaksa tu, nak buat macam mana kan. Cuti gua 10 hari je, mau tak meroyan aku nak susun masa. Kalau dah cuti tu, cuba nak utilize seoptimum mungkin. Kalau tak, rasa sayang je amik cuti.

Ok, bye.

<--- Nang if you LIKE

5 comments:

Ayu Firzara said...

Dear, jom join Firzara Collection giveaway! Check out : http://firzaracollection.blogspot.com/

Anonymous. said...

bunga telur kat Air Hitam, Johor lagi murah and cantik-cantik berbanding Nilai 3 =) tapi jauh la... hehe...

~daRLee ZuRiS~ said...

update jugalah dari takde, kan?
selamat bershopping di nilai 3.
dan selamat berambang mata ye
hahaaa

nanonano said...

ha ahh nilai 3 xlawo mane la weh
dlu aku pernah gak servey brg2 kawen sane.,
tp nk cri cadar ok la kot kat nilai3 tu..hehe

pRincESs_N said...

part nilai 3 tu yg besh...aku ade 1 kedai..dr dorgifts kawen smpai aqiqah g kedai tu..pape PM ai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...