Hi, salam semua ;)
Minggu yang sangat busy untuk saya. Balik kampung minggu ni, dan masih di kampung la ni. Balik hari Sabtu hari tu, lepas balik kerja.. Sampai rumah dalam pukul 8.30 malam, mak andam dah sedia menunggu kat rumah. Asalnya berjanji nak jumpa malam Ahad tapi ada hal-hal tertentu, maka jumpalah malam Sabtu hari tu..
Penat, sampai-sampai je rumah.. Barang pun tak keluarkan lagi.. Terus ambil buku nota, ambil majalah Pengantin, ambil laptop. Bersila dekat hall berbincang dengan mak andam. Mak andam ambil ukuran tapak pelamin semua, tengok bilik tidur. Bincang-bincang sampai pukul 12.30 malammmm, huwaaaa gua rasa dah nak pitam masa tu..
Mak andam balik je, terus mandi. Makan sikit, terus pengsan sampai ke pagi..
Hari Ahad, dating dengan Mr Photographer pulak. Tengok-tengok album. Belek sana sini, takde bincang apa pun. Saje suka berborak :P Hehe.
Lepas tu, semalam telah selamat membeli katil pengantin. Ahaks. Yeay, dah ada katil yeay yeayy !! :P Aku ni seorang yang simple dan moden. Tak suka jenis hiasan serabut sangat ni. Jadi masa berbincang tu, membebel mak andam aku sebab aku dah cakap bilik nanti nak simple je, nak ada jambangan bunga je. Tak mau gantung-gantung kain ke hape. Bising dia :P
Dalam sibuk-sibuk tu, masih sempat membuat sesuatu..
Tadaaaa !! Puding roti dan sos kastard. Walaupun rupanya nampak seperti sedih, tapi nak upload jugak :P Tengok gambar ni aaa dah teringin balik!
Have a nice day you all, kerana aku di sini hari ni tersangat malas dan takde mood nak buat apa-apa :|
<--- Nang if you LIKE